Rakyat Perlu Bijak Pilih Pemimpin Tepati Janji, Kata Najib

imageBEAUFORT – Rakyat perlu bijak menilai pemimpin yang boleh membela kepentingan mereka dan sentiasa menepati janji ketika berkuasa, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, rakyat sebaliknya tidak boleh memilih individu yang ketika berkuasa tidak pernah menunaikan janji tetapi apabila hilang kuasa bijak menjaja janji dan memburuk-burukkan kerajaan dan negara.

“Kita tidak boleh pakai pemimpin yang apabila tiada kuasa dia mahu janji, dia jual janji… dia menagih simpati…dia tuduh orang lain kerajaan BN tidak tolong rakyat…

“Hendak cakap itu mudah tetapi hendak buat itu susah. Ingat, hendak musnah itu mudah tetapi hendak bina itu susah, nak cakap buka mulut sahaja boleh cakap di bibir boleh main janji tetapi janji orang yang tiada kuasa… kita janji apa, kita tepati,” katanya.

Perdana menteri berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 20,000 orang pada majlis perjumpaan bersama rakyat sekitar Beaufort di padang pekan itu di sini, hari ini.

“Saya amat berterima kasih kepada saudara Isnin (Aliasneh) selaku pemangku Pengerusi Umno Beaufort yang berjaya menghimpunkan begini ramai orang Beaufort dan ini membuktikan siapa kata (pembangkang) boleh tawan Beaufort.

“Pembangkang bermimpi di siang hari untuk tawan Beaufort, Papar, Kimanis dan Tuaran… semua mereka nak tawan tetapi sebenar Sabah tetap dengan BN,” katanya disambut sorakan gemuruh daripada penduduk pelbagai lapisan masyarakat yang hadir.

Parlimen Beaufort kini diwakili bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin. Pada Julai tahun lepas, Lajim mengumumkan peletakan jawatan sebagai ketua Umno bahagian Beaufort dan mengetuai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang menyokong pakatan pembangkang.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata rakyat juga perlu menolak pemimpin yang menganggap dirinya lebih besar daripada parti pada pilihan raya umum ini kerana asas perjuangan parti adalah lebih besar daripada kepentingan individu.

Beliau berkata perkara paling penting ialah perjuangan untuk membela nasib rakyat dan melaksanakan pembangunan demi kepentingan rakyat perlu diteruskan.

“Kita perlu ingat bahawa pemimpin datang dan boleh pergi… patah tumbuh hilang berganti. Kita kehilangan pemimpin tempatan, tetapi dia tidak boleh lebih besar daripada parti.

“Perjuangan masih boleh diteruskan…hendak jalan kita boleh bagi jalan, hendak sekolah boleh diluluskan dan hendak loji air kita boleh luluskan,” katanya.

Turut hadiri isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok.

Hadir sama Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah yang juga Adun Klias, Datuk Azizah Mohd Dun. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: