Undi Pas haram: Shabery Mahu Dibincang Secara Muzakarah

shabery cheekKEMAMAN – Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pandangan beberapa golongan ulama yang menganggap memberi undi kepada parti Pas itu adalah haram, wajar dibincang secara muzakarah.

Katanya, selama ini ulama Pas menganggap mengundi Umno adalah haram, tetapi sekarang ini ternyata ada pandangan lain yang menyatakan memberi undi kepada Pas itu haram hukumnya.

“Saya kira semua orang patut pandang serius perkara ini. Biarlah berlaku lagi perbahasan ataupun muzakarah yang lebih mendalam tentang pandangan berkenaan. Apakah rasionalnya hujah dari segi hukum, hujah berdasarkan nas, al-Quran dan sebagainya bagi mengiakannya.

“Tetapi bagi saya, yang jelasnya mengundi Pas ertinya menyokong Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang manifestonya membenarkan kalimah ALLAH digunakan dan kita akan lihat orang bersyarah menggunakan perkataan ALLAH tanpa merujuk konsep ALLAH yang kita fahami dalam agama Islam,” katanya.

Beliau mengulas laporan akhbar bahawa para ulama, tok guru pondok , imam dan ustaz muda yang menganggotai beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di Kelantan mengisytiharkan bahawa haram memberi undi kepada Pas pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.

Ahmad Shabery berkata demikian pada majlis penyampaian baucer Buku 1Malaysia kepada seramai 413 pelajar Kolej Kemahiran Tinggi Mara Kemaman di sini semalam.

Mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Ahmad Shabery berkata, ia bukan sahaja meringankan beban rakyat malah memberi impak kepada ekonomi apabila dibelanjakan seperti di pasar malam dan kedai-kedai. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: