Mohamed Fadzli, Jawab Isu… Bukan Beri Jawapan Bodoh

395373_2892498146584_824722648_nKOTA BHARU – “Ingatkan bila dilantik sebagai exco ni cerdik, rupa-rupa sebaliknya. Mungkin dia (Exco kerajaan Pas Kelantan, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan) buat kenyataan itu kerana ingin meraih sedikit publisiti”.

Demikian reaksi Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad terhadap Mohamed Fadzli yang menyifatkan isu tanah khususnya berkaitan Ladang Rakyat di Hulu Kelantan sebagai isu ‘sampah’ yang sengaja dikitar semula oleh UMNO.

Beliau berkata, kenyataan Mohamed Fadzli itu langsung tidak mencerminkan beliau sebagai seorang exco yang mampu bertanggungjawab dalam menangani pelbagai isu.

“Saya tidak tahu sama ada exco ini faham atau tidak. Ini bukan soal tuduhan, bukan soal isu lama, kita mempunyai asas dan bukti sebelum mendedahkan perkara ini.

“Jawablah dulu isu bukan beri jawapan bodoh. Jika itu jawapan beliau, adakah bermaksud keluhan rakyat bawahan dianggap sampah oleh kerajaan negeri,” katanya kepada Detikperubahan.com di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan exco terbabit yang dilapor menegaskan, isu yang dibangkitkan sebenarnya sudah lama selesai dan ianya kembali dibangkitkan UMNO untuk tujuan menjatuhkan Kerajaan Pas.

Beliau berkata, kerajaan Pas negeri ini sepatutnya bertindak rasional dalam menjawab setiap isu yang berbangkit apatah lagi apabila pendedahan tersebut dilengkapi dengan bukti bukan tuduhan semata-mata.

“Sehingga hari ini kita masih belum menerima sebarang respon daripada pihak kerajaan negeri selepas pendedahan kawasan hutan di Hulu Kelantan telah digondolkan,” katanya.

Dalam nada sinis beliau menyambung dengan berkata “Kita tidak mahu dengar jawapan Mohamed Fadzli, bahkan rakyatpun tidak berminat untuk mendengar jawapan beliau,” katanya sinis.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

3 Comments on “Mohamed Fadzli, Jawab Isu… Bukan Beri Jawapan Bodoh”

  1. nik aziz sampah
    February 15, 2013 at 7:03 pm #

    Sesuailah tu dengan PAS, Parti Angkat Sampah.

  2. saad bin said
    February 22, 2013 at 11:21 pm #

    isu ladang rakyat ini berpunca dari wakil rakyat berhutang kepada pelabur politik.dulu kerja politik kebanyakan percuma, tapi sekarang ini semua kena duit. tampal pos duit, pasang sepanduk duit, semua kerja parti perlu duit. jadi untuk bertanding wakil rakyat cari tempat berhutang. antaranya kepada pelabur politik. pelabut ini menghambur duit dan bila wakil rakyat itu menang, lalu habuannya dituntut. antaranya kawasan balak yang diselindungkan dengan ladang rakyat. wakil rakyat pas selalu menjadi terget pelabur politik ini, kerana mereka bukan sahaja tak berduit, bahkan bodoh pula/ jadi dengan cara inilah taukeh-taukeh balak akan mendapat untung.yang jadi mangsa rakyat,tapi malangnya penyokong-penyokong pembangkang ni terus sahaja bagang. sikap bagang ini tidak akan berhenti walaupun diturunkan pemimpin keramat dari langit, sebbab mereka berpaksikan kepada kejahilan, kebuduhan dan dungu.

  3. musa
    February 25, 2013 at 8:16 am #

    Setuju! Jika ingin berjaya, baik di dunia maupun akhirat syaratnya ialah ada ilmu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: