Bekas Tentera Maut Ditembak Dan Ditetak

Oleh RAITINI RAHMAN :
jenazah mangsa dbawa ke trak polis utk dhantar ke hospital-1BACHOK- Seorang bekas tentera, Sauti Muda,57,tidak sempat menghabiskan sarapannya apabila maut ditembak dan ditetak di sebuah warung dekat sini kita- kira jam 9 pagi tadi.Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Ab Rahim Che Ghani berkata, ketika kejadian mangsa bersama keluarganya sedang bersarapan di sebuah warung berdekatan kediaman mereka.

Menurutnya, dua suspek menaiki motosikal tiba- tiba melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa sebelum mangsa bertindak melompat ke dalam warung untuk bersembunyi.

“Selepas melepaskan tembakan dari jarak 20 kaki, salah seorang suspek turun dari motosikal dan menetak mangsa menggunakan pedang sebelum melarikan diri.

“Kita percaya kes ini bermotifkan dendam dan siasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya kepada sidang media di lokasi kejadian di sini.

Suspek yang tidak bertopeng dikenalpasti oleh saksi dan dipercayai aktif menjalankan aktiviti jenayah di sekitar Bachok.

Ab Rahim berkata, gerakan mengesan suspek dijalankan segera dengan mengadakan sekatan jalan raya di beberapa lokasi.

Isteri mangsa, Sarina Abdullah, 40, berkata, dia tidak menyangka sarapan pagi tadi adalah kali terakhir untuk suaminya.

“Pagi tadi arwah kejutkan saya sebab waktu Subuh sudah lewat. Selepas itu kami keluar membeli nasi berlauk di Beris Kubur Besar sebelum makan di warung sepupu di sini.

“Ketika bersarapan saya nampak suspek memberhentikan motosikal di depan warung dan melepaskan tembakan. Arwah melompat masuk bersembunyi di bawah meja.

“Suspek kemudiannya masuk ke dalam warung melepaskan beberapa lagi tembakan sebelum seorang lagi suspek datang menetak mangsa dengan pedang,” katanya yang setiap hari bersarapan bersama suaminya di warung tersebut.

Sarina berkata, minggu lalu anak lelakinya yang berusia 16 tahun pernah dikejar lelaki bermotosikal dan  mengacukan pisau kepada anaknya.

Malam tadi juga rumahnya dikatakan dikelilingi beberapa lelaki kerana terdengar bunyi itik bising dan kelibat orang di luar rumahnya.

“Malam tadi juga ada orang kelilingi rumah kami. Tetapi kami tidak mempedulikannya.

“Pagi tadi ketika kami keluar membeli sarapan, anak beritahu ada orang datang mengelilingi rumah kami,” katanya.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: