BR1M: Mungkin Naik RM1,000

tpm008Pagoh: Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 dan 4.0 yang akan diteruskan kerajaan mungkin dinaikkan daripada RM500 kepada RM1,000 untuk setiap keluarga yang layak.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Perdana Menteri sudah memberi jaminan BR1M akan diteruskan dengan syarat Barisan Nasional (BN) diberi mandat besar mentadbir negara pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Jika rezeki bertambah, RM500 (BR1M) ditambah jadi RM1,000. Habis… nak tolak BN, tolak rezekilah namanya,” katanya pada penyampaian BR1M Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Serampang di FELDA Sri Jaya, di sini, semalam.

Beliau berkata, BR1M sudah disalurkan sejak tahun lalu memberi manfaat kepada 4.2 juta isi rumah di seluruh negara, kini ditambah pula kepada 2.4 juta lagi generasi muda menerusi peruntukan kira-kira RM3 bilion.

Ada yang kata, BN bagi kerana PRU tetapi sebenarnya kita bagi kerana ada keupayaan. Jika kerajaan tak ada duit, mintalah apa pun, tak boleh bagi, tetapi hasil negara dan cukai bertambah kini membolehkan kita bagi bantuan ini.

Rakyat bertanya, adakah kerajaan akan meneruskan dasar ini, Perdana Menteri kata (sudah beri jaminan) jika ekonomi bagus, rakyat sokong kuat kerajaan dan ada dana, kita akan teruskan, katanya.
Beliau berkata, BN sentiasa prihatin dalam membantu rakyat dan terbukti sebelum BR1M diperkenalkan lagi, banyak bantuan dan subsidi disalurkan kepada nelayan, petani, peniaga, pekebun kecil dan peneroka FELDA supaya dapat meringankan beban dan meningkatkan taraf hidup mereka.

Muhyiddin berkata, Perdana Menteri memikirkan mengenai anak muda juga memerlukan bantuan, mendorong kerajaan memberikan rebat RM200 untuk memiliki telefon pintar yang akan diagihkan dalam tempoh terdekat.

Semuanya dilakukan untuk menolong rakyat, itu tidak mengambil kira subsidi bernilai RM22 bilion setahun bagi mengurangkan beban rakyat.

Namun, pembangkang masih kata kerajaan tak tolong hingga rakyat menderita hidup sengsara. Menghampiri PRU ini pembangkang semakin gemar melemparkan fitnah dan pembohongan serta membuat semua janji manis tetapi sebenarnya tidak dapat dilaksanakan, katanya.

Hadir sama Ahli Parlimen Ledang, Hamim Samuri; ADUN Bukit Serampang, Datuk Tahir Taat; ADUN Jorak, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh serta Pegawai Daerah Ledang, Ab Han Ramin. – Berita Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: