Golongan Muda Mahu Agamawan Tanding PRU13

fathulbari540pxSHAH ALAM – Menurunkan tiga ulama muda terkenal tanah air iaitu bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda, Fathul Bari Mat Jahya bertanding sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) satu strategi bijak.

Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata,  ini kerana ketiga-tiga ulama yang diuar-uarkan akan melangkah ke dalam politik negara itu masing-masing  mempunyai karakter hebat yang mampu menarik pengundi muda Melayu di kawasan mereka bertanding seterusnya berkemampuan  memperkasakan parti  yang diwakili.

Menurutnya, mereka muncul pada saat anak muda dambakan kehadiran pemimpin berkaliber, berkepimpinan dan bijaksana dalam  soal agama.

Katanya, majoriti anak muda Melayu menganggap ketiga-tiga agamawan tersebut sebagai mengisi ketandusan pemimpin dari kalangan ulama di negara ini.

“Setelah rakyat menyaksikan pelbagai kemelut dan isu tidak berkesudahan melibatkan agama Islam. Pada masa sama rakyat  tidak melihat sesiapapun pemimpin yang boleh membawa ke arah yang satu  iaitu menegakkan Islam di negara ini.

“Ini trend selera yang golongan muda mahukan selepas beberapa isu melibatkan Islam berlaku. Pertikaian-demi pertikaian itu mendesak golongan muda Melayu untuk  mencari seorang pemimpin yang bukan sahaja boleh berpolitik tetapi pada masa sama menghormati Islam dan berkeupayaan memastikan agenda Islam  diberi keutamaan dalam dasar negara,” katanya.

Menurutnya, rakyat sudah lama muak  dan menolak pemimpin  terlibat rasuah dan yang amal politik kotor. Sudah sampai masa  mereka berkehendakkan pemimpin  memiliki pesona seperti ketiga-tiga individu itu. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: