Isyarat Rakyat Tukar Kerajaan

AMIRUL HAFIZ

mailKOTA BHARU – Program Perhimpunan Gelombang Merah yang diadakan di Pejabat Perhubungan UMNO Kelantan di sini menyaksikan puluhan ribu rakyat menandakan gelombang kebangkitan rakyat negeri ini tidak mampu dinafikan lagi.

Laungan slogan “Tukar” sepanjang perhimpunan tersebut sebagai isyarat untuk menukar Kerajaan Pas Kelantan pada Pilihanraya Umum Ke-13 ( PRU-13) tidak lama lagi seolah-olah kian menghampiri realiti.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mustapa Mohamed, Timbalannya, Datuk Dr. Awang Adek Hussin dan pemimpin-pemimpin setempat yang lain turut sama memeriahkan perhimpunan secara besar-besaran itu.

mailBeberapa Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri antaranya Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan (Tukar) dan Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) turut menyertai perhimpunan yang bersejarah itu.

Menurut Mustapa, perhimpunan tersebut jelas menunjukan sokongan dan kebangkitan rakyat untuk menukar kerajaan Pas Kelantan yang sudah 22 tahun memerintah.

Katanya, rakyat kini sudah sedar dan tidak sabar untuk melihat perubahan di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) setelah 22 tahun ia ditadbir oleh Pas namun gagal membawa perubahan kepada rakyat.

“Perhimpunan ini membuktikan kita mampu bersatu, menunjukan kita mampu untuk mengegarkan dan membawa kejutan besar di negeri ini.

“Kita akan terus bekerja dengan penuh semangat dan berjihad untuk pastikan negara terus aman, berjihad pastikan orang Melayu bersatu dan menentang perpecahan. Kita juga berjihad menentang kemunduran, keganasan dan fitnah dari pembangkang,” katanya.

Tambahnya, rakyat kini telah menunjukan semangat yang sangat luar biasa mahukan perubahan dan UMNO akan terus berusaha lebih keras lagi untuk tidak mengecewakan mereka.

Beliau berkata, dengan semangat demokrasi kerajaan BN akan pastikan negeri ini kembali seiring dengan negeri-negeri lain.

Dalam perkembangan berkaitan, Mustapa turut melancarkan Skuad Kembara Tukar yang akan berperanan menjelajah di seluruh negeri ini bagi menyebarkan maklumat mengenai isu-isu yang gagal ditangani kerajaan Pas selama ini.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: