Pam Hilang, Petani Merana

imageTUMPAT – Petani di Bendang Kaloi, Teluk Jering di sini berisiko menanggung kerugian besar dengan keadaan cuaca tidak menentu kini.

Petani, Hassan Saad, 45, berkata, sawah padi seluas 60 hektar itu diusahakan 15 petani selepas banjir melanda baru-baru.

Bagaimanapun, katanya, yang merisaukan petani di sini apabila masalah kekeringan air berlaku ketika anak benih baru ditabur.

“Akibatnya anak padi yang baru tumbuh mengalami masalah tumbesaran terbantut.

“Pelbagai usaha dilakukan termasuk pamkan air ke dalam sawah, tetapi tidak berhasil,” katanya.

Hassan berkata, hujan lebat dua hari lalu bagaikan satu rahmat buat petani apabila masalah sawah kering mula dipenuhi air.

“Tetapi masalah lain pula timbul kerana hujan lebat dua hari berturut-turut menyebabkan anak padi ditenggelami air.

“Keadaan ini merisaukan petani kerana peringkat awal penanaman padi sudah ada masalah.

“Keadaan ini mungkin menyebabkan pengeluaran padi musim ini akan mengalami kemerosotan,” katanya.

Bagi Mohd Nor Seman, 54, dari Kampung Kubang Sawa berkata, dengan keadaan cuaca tidak menentu, dia meminta agar pihak berkaitan menambah baik infrastruktur untuk kemudahan petani di sini.

“Kami berharap agar dibina saluran air di bendang padi ini supaya kami mendapat bekalan air mencukupi sekiranya berdepan masalah sawah kekeringan air.

“Tempat untuk membina saluran air itu sudah ada, tetapi sampai sekarang longkang simen belum dipasang lagi,” katanya.

Mohd Nor berkata, petani menghadapi masalah air kritikal apabila pam air Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) dicuri pada musim banjir baru-baru ini.

Menurutnya, kehilangan itu menyebabkan air tidak dapat disedut dari Sungai Kuala Jambu dan Sungai Alor Mekuang.

“Kalau sawah padi kekurangan air, kami di sini akan sedut air sungai menggunakan pam tersebut, tetapi sekarang ini tidak dapat berbuat demikian.

“Mujurlah hujan lebat dua hari lalu, sawah mula dipenuhi air, cuma anak padi pula ditenggelami air,” katanya.

Menurutnya, dia berharap pam hilang diganti baru sebagai persiapan berdepan musim kemarau akan datang. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: