Tukar! Tukar! Tukar!

KOTA BHARU – Gelombang kebangkitan rakyat di negeri ini untuk menolak kerajaan Pas Kelantan semakin dirasai disaat-saat semua pihak sedang bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 yang akan menjelang pada bila-bila masa.

Hari ini hampir 10,000 rakyat di negeri ini yang lengkap berpakaian serba merah berkumpul di hadapan bangunan UMNO Kelantan untuk menyatakan hasrat mereka yang sudah muak dengan tipu daya kerajaan pimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Perhimpunan yang dianjurkan oleh Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan (Tukar) turut disertai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalannya, Datuk Dr. Awang Adek Husin; Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh dan barisan pimpinan BN Kelantan.

Turut sama pada program tersebut ialah pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Pengerusi Tukar, Kamaruddin Kassim dan Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad.

Pada majlis yang sama, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri melancarkan skuad kembara Tukar yang akan menjelajah ke seluruh negeri ini untuk menyebarkan maklumat dan janji-janji palsu yang dibuat oleh kerajaan Pas Kelantan.

Fokus utama kembara T itu adalah isu tanah di negeri yang telah digadaikan termasuk kepada dua pemimpin DAP Perak, Datuk Ngeh Khoo Ham dan Ngar Kor Ming.

Mustapa berkata, perhimpunan ini jelas menunjukan sokongan dan kebangkitan rakyat untuk menukar kerajaan Pas Kelantan yang sudah 22 tahun memerintah.

“Perhimpunan ini membuktikan kita mampu bersatu, menunjukan kita mampu untuk mengegarkan dan membawa kejutan besar di negeri ini.

“Kita akan terus bekerja dengan penuh semangat dan berjihad untuk pastikan negara terus aman, berjihad pastikan orang melayu bersatu dan menentang perpecahan. Kita juga berjihad menentang kemunduran, keganasan dan fitnah dari pembangkang,”katanya.

Tambahnya, rakyat kini menunjukan semangat yang sangat luar biasa mahukan perubahan dan UMNO akan terus berusaha lebih keras lagi untuk tidak mengecewakan mereka.

tok pa3

Tags: , , , , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: