300 Pokok Kelapa Sawit Rosak

imageGUA MUSANG – Belum lagi reda dengan kejadian harimau kumbang menyerang seorang buruh ladang warga Indonesia minggu lalu, kini penduduk di Kampung Perasu, dekat sini, dihantui pula dengan kejadian serangan gajah liar.

Lebih 300 pokok kelapa sawit yang baru mengeluarkan hasil pertama di kawasan seluas empat hektar di kampung itu, musnah diserang sekumpulan lima gajah liar awal awal pagi kelmarin.

Kejadian yang dipercayai berlaku antara jam 1 hingga 5 pagi itu, mengakibatkan seorang penduduk, Mat Zain Hassan, 63, kerugian hampir RM100,000 kerana hanya baru sekali merasai hasil selepas menjual dua metrik tan sawit bernilai RM600 minggu lepas.

Mat Zain berkata, dia terkejut melihat keadaan pokok sawitnya berselerak diserang sekumpulan gajah liar yang dianggap kali kedua selepas kejadian pertama dua minggu lalu.

“Saya menyedari kejadian pukul 7 pagi semalam ketika mengunjungi ke ladang berkenaan bagi mengenal pasti pokok sawit yang sudah mengeluarkan hasil, tetapi keadaan sebaliknya berlaku,” katanya.

Menurut Mat Zain, serangan kali pertama yang berlaku dua minggu lalu tidak melibatkan pokok sawitnya, hanya membabitkan beberapa pohon pisang sahaja, tetapi ladang getah milik dua rakannya tidak jauh dari situ turut dimusnahkan.

“Hasrat saya untuk memotong buah sawit bagi jualan kali kedua minggu depan, tetapi melihat kepada kejadian itu amat menghampakan sama sekali kerana terpaksa menanggung kerugian teruk,” katanya.

Mat Zain mengakui, dia hampa kerana sudah membelanjakan hampir RM150,000 untuk ladang sawit persendirian termasuk membeli benih bermutu tinggi dan kini tidak memperoleh hasil sepatutnya.

Katanya, ini kerana sebahagian pokok sawitnya hanya menunggu masa untuk dipotong tetapi dimusnahkan sekumpulan gajah liar terbabit.

Dia mempersoalkan tindakan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) yang tidak pernah memandang serius setiap kali berlaku kejadian seumpama itu, hingga penduduk terus berdepan dengan risiko kerugian.

“Kita bukan tidak lapor setiap kejadian yang berlaku itu, malah berulang kali berbuat demikian tetapi tiada tindakan sewajarnya,” katanya.

Dalam kejadian serangan harimau kumbang kira-kira jam 8.30 pagi Ahad lalu, Alip Abil, 33, diserang haiwan itu ketika bekerja menyembur racun rumput di ladang sawit Tanah Rancangan Felda Perasu.

Berikutan kejadian itu, Alip dikenakan 50 jahitan kerana luka dicakar harimau termasuk di bahagian lengan kanan, tangan kiri, dada, kepala dan punggung. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: