Muhyiddin Dakwa Kedah Gagal Urus Masalah Rakyat

imageALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah didakwa gagal menguruskan masalah rakyat serta tidak ada kemampuan untuk memajukannya setanding dengan negeri lain yang pesat membangun.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau sedih melihat rakyat Kedah tertinggal di belakang berbanding negeri lain terus maju ke depan dengan pelaburan datang mencurah serta banyak peluang pekerjaan.

Menurutnya, situasi itu berlaku berikutan kepimpinan kerajaan negeri diterajui Pas ketika ini tidak ada keupayaan dan kekuatan untuk meneruskan usaha mengurus hal ehwal kebajikan rakyat.

“Bila ditanya isu masalah, beliau (Menteri Besar) kata itu tugas dan peranan Kerajaan Pusat. Jawapan itu pada kita menunjukkan beliau sebagai Menteri Besar yang tidak bertanggungjawab. Bagaimana beliau boleh berkata begitu.

“Jika ada masalah dihadapi nelayan, pekebun, peniaga kecil, beliau perlu bertanggungjawab dengan turun dulu sampai ke bawah untuk menyelesaikannya,” katanya ketika merasmikan program Kolaborasi 2013 di Sekolah Kebangsaan Seri Pantai, Kuala Kedah, di sini, hari ini.

Muhyiddin yakin kepimpinan Pas Kedah tidak mampu melakukannya kerana tidak mempunyai sumber mencukupi dan khazanah yang banyak sebaliknya hanya bergantung kepada hasil jelapang padi serta beberapa hasil lain.

“Kalau tidak dibantu kerajaan pusat, negeri ini akan terus menjadi mundur dan cara untuk memajukannya, kita perlu ambil balik Kedah dari Pas.

“Sebab itu bila Pilihan Raya Umum (PRU), kuasa yang ada pada rakyat akan dikembalikan kepada rakyat dan mereka berhak menentukan mana-mana parti memerintah kerana kita mengamalkan sistem demokrasi,” katanya.

Beliau berkata, hasil kunjungan ke beberapa kawasan di negeri ini menunjukkan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) semakin meningkat dengan adanya gelombang biru.

“Di negeri ini sahaja terdapat 508,000 isi rumah melibatkan kira-kira 80 peratus rakyat Kedah menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dengan peruntukan mencecah RM212 juta. Jika menang mungkin jumlah bantuan akan ditambah,” katanya. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: