Penahan Xenophon Tidak Jejas Hubungan Malaysia – Australia

imageKUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata hubungan Malaysia dengan Australia tidak akan terjejas berikutan penahanan Senator Australia Nick Xenophon daripada memasuki negara ini.

Beliau berkata Malaysia mempunyai hak untuk menguatkuasakan undang-undang sendiri termasuk melarang mana-mana individu memasuki negara.

“Jika beliau (Xenophon) datang ke sini dengan niat tidak baik, adalah lebih baik tidak datang ke sini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Festival Sambutan Tahun Baharu Cina 2013 di sini hari ini.

Dr Mahathir mengulas mengenai penahanan Senator Australia itu di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang semalam, setelah didapati mempunyai rekod memudaratkan kesejahteraan negara.

Bekas perdana menteri itu bagaimanapun berkata kerajaan Australia juga berhak melontarkan kritikan berhubung insiden penahanan warganya itu.

“Jika mereka mahu mengkritik, mereka boleh mengkritik. Kita tidak perlu melayan mereka,” katanya.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Dr Mahathir mengingatkan semua rakyat supaya sentiasa mengamalkan sikap berkongsi sesama kaum di negara ini.

Katanya amalan berkongsi dalam kuasa kepimpinan kerajaan dan kekayaan negara selama ini telah mengukuhkan kestabilan dan keamanan dalam kalangan rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai pegangan agama.

“Malaysia adalah negara yang berbilang kaum tetapi kita tidak bermusuh antara kaum, sebaliknya kita lebih suka bekerjasama.

“Kerana kita sanggup kongsi, maka negara kita menjadi aman dan kita dapat kongsi kuasa kerajaan dan juga kejayaan dalam negara kita ini. Tidak ada siapa yang ketinggalan,” katanya.

Majlis tersebut dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan turut hadir isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta menteri kabinet.

Sambil berkata kepimpinan kerajaan Malaysia sedia ada adalah terbaik, Dr Mahathir berkata amalan perkongsian itu telah ditekankan sejak kepimpinan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai Perdana Menteri Pertama Malaysia.

“Tidak ada negara dalam dunia ini yang dapat merayakan hari-hari kebesaran kaum seperti di Malaysia ini. Sekurang-kurangnya setiap rakyat Malaysia boleh kata ‘Gong Xi Fa Cai’,” katanya.

Dr Mahathir turut menemani Najib menggaul ‘Yee Sang’ sepanjang 977 meter yang diletakkan di sepanjang Jalan Bukit Bintang, tempat berlangsungnya majlis itu. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: