Rakyat Negeri Ini Wajar Tahu

AMIRUL HAFIZ :

mailPASIR MAS – Kerajaan Pas negeri ini terus didesak supaya memberi penjelasan sebenar berhubung isu tanah terutamanya melibatkan projek Ladang Rakyat selepas beberapa siri pendedahan mengenainya dilihat mencemari politik kerajaan itu.

Presiden Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) Azmi Ali, berkata, rakyat negeri ini wajar mengetahui kedudukan sebenar kerana pendedahan perkara itu melibatkan isu rakyat.

“Kerajaan Pas perlu menjelaskan bagaimana mereka menguruskan Ladang Rakyat yang kononnya untuk memberikan kesenangan kepada peneroka selain keluasan dan jumlah sebenar peneroka yang terlibat dengan projek itu

“Kita lihat hari ini bukit telah botak malah difahamkan banyak tanah telah diserahkan kepada syarikat luar manakala peneroka pula terus dinafikan hak mereka.

“Kenapa perlu beri kepada syarikat luar. Selepas pembongkaran dibuat mereka hanya mengambil balak dan lepas itu tanah dipecah lot dijadikan dusun dan dijual dengan harga tinggi. Dengan itu syarikat telah mengaut keuntungan berjuta-juta manakala peneroka dihalau seperti haiwan dan tidak diberikan pampasan. Ladang dimusnahkan, inikah yang dikatakan ingin membela rakyat,”katanya.

Beliau berkata demikian pada pemberita selepas mengadakan Himpunan Bantahan Aman Isu Tanah berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tendong di sini hari ini.

Himpunan anjuran MTRK itu diadakan bagi membantah salah guna kuasa dan penyelewengan kerajaan Pas Kelantan dalam isu pengambilan tanah di negeri ini.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: