Tolak Manifesto Pembangkang Berselindung Di Sebalik Slogan ‘Demi Rakyat’

zahid_hamidiBAGAN DATOH – Rakyat perlu menolak pembangkang termasuk manifesto atau janji kosong mereka yang berselindung di sebalik slogan ‘Demi Rakyat’ menjelang pilihan raya umum (PRU) tidak lama lagi, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata berdasarkan PRU lepas, pembangkang hanya menunaikan 15 peratus sahaja daripada keseluruhan janji yang dilaungkan ketika berkempen mengenai manifesto mereka.

“Saya tidak fikir baki lagi 85 peratus itu harus dipercayai oleh rakyat.

Oleh yang demikian, kita bandingkan apa yang dibuat (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak), tidak ada dalam manifesto, tidak ada janji (dibuat) tetapi diberikan.

“Jadi ertinya Barisan Nasional (BN) tidak berjanji pun, BN tetap tolong orang. Pembangkang dah berjanji pun, tapi tak bagi, jadi bandingkanlah mana yang baik mana yang tak baik,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 2,000 penerima kawasan Parlimen Bagan Datoh di sini hari ini.

Katanya apa yang lebih malang bagi rakyat apabila ada pemimpin pembangkang yang mendakwa manifesto yang dikemukakan kepada pengundi bagi meraih kemenangan dalam pilihan raya bukan sesuatu janji mengikut undang-undang.

“Oleh sebab itu, sebarang janji yang tercatat dalam manifesto pembangkang termasuk mahu memberikan 20 peratus royalti, itu janji palsu…termasuk mahu memberikan penghapusan cukai pintu dan tol, itu janji palsu. Jadi kalau janji palsu eloklah ditolak oleh pengundi,” katanya.

Mengulas mengenai cerita ‘basi’ yang sering ‘diolah dalam pelbagai versi’ dan dibangkitkan pembangkang dalam siri ceramah politik mereka, Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata semua itu dijawab oleh pihak kerajaan selain memberi penambahbaikan dan menyelesaikannya.

Beliau berkata tindakan pembangkang mengeluarkan cerita ‘basi’ itu adalah untuk meracuni pemikiran dan menyuntik perasaan benci rakyat terhadap Umno dan BN.

“Saya harap dengan apa yang diberikan oleh kerajaan BN, idea yang daripada Datuk Seri Najib diterima dengan baik, sebab itu kita ikhlas membantu dan bantuan ini pun tidak diberikan kepada pihak yang menyokong kerajaan malah ia kepada semua rakyat,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Angggota Parlimen Bagan Datoh berharap rakyat lebih terbuka hati dan fikiran dalam membuat pilihan terbaik dalam PRU akan datang kerana BN sememang lebih baik daripada pembangkang. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: