Umno: Pakatan Amal Kaedah Penjajah

Datuk-Ahmad-MaslanKLUANG – Pembangkang mengamalkan kaedah pecah dan perintah dalam strategi politik mereka, meniru kaedah yang dipraktik penjajah terhadap rakyat negara ini tidak lama dahulu, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Ahmad, yang juga Ketua Penerangan Umno, berkata kaedah yang diamal pembangkang itu amat merbahaya untuk masa depan negara.

“Mereka menggunakan kaedah penjajah dahulu iaitu pecah dan perintah untuk mendapatkan kuasa. Kaedah pecah dan perintah itu amat merbahaya kepada masa depan negara kerana ia akan mewujudkan perpecahan di antara masyarakat negara ini.”

“Apa yang dilakukan oleh mereka adalah amat tidak wajar,” katanya kepada pemberita selepas penutupan perhimpunan Barisan 1Malaysia oleh Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman di sini hari ini.

Beliau berkata menerusi kaedah pecah dan perintah, pembangkang cuba memecahbelahkan perpaduan kaum Melayu dan umat Islam negara ini dengan menuduh anggota Umno sebagai murtad serta ingkar terhadap ajaran agama Islam.

Ahmad berkata pembangkang, menerusi strategi politik pecah dan perintah, cuba memporakperandakan keharmonian agama negara ini dengan mendesak supaya penganut agama Kristian dibenar menggunakan kalimah Allah dalam kitab Injil.

“Pembangkang juga cuba memecahkan keyakinan rakyat terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya dengan mengatakan kononnya suruhanjaya itu tidak bersih dan telus dalam mengendalikan pilihan raya umum,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata perhimpunan Barisan 1Malaysia di Kluang merupakan destinasi kelima dalam siri jelajahnya ke seluruh negara.

Perhimpunan anjuran Biro Tatanegara itu, katanya, bertujuan memberi penjelasan kepada badan bukan kerajaan berkaitan isu semasa dan hala tuju negara.

Terdahulu, Abdul Ghani dalam ucapannya, berkata Malaysia akan menuju kehancuran dan malapetaka jika pembangkang mengambil alih pemerintahan negara selepas pilihan raya umum ini.

Beliau berkata pelabur dalam dan luar negara akan meninggalkan Malaysia kerana mereka tidak yakin dengan kepimpinan pembangkang seperti Datuk Abdul Hadi Awang, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Karpal Singh, Lim Guan Eng dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: