Angkara Pas: 500,000 Rakyat Kelantan Berhijrah

tok pa3KUALA LUMPUR  – Lebih 500,000 rakyat Kelantan terpaksa berhijrah ke negeri-negeri lain di Malaysia akibat kegagalan kerajaan negeri yang diterajui Pas menyediakan peluang pekerjaan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, keadaan itu menyebabkan rakyat Kelantan mahu melihat perubahan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

”Sambutan menggalakkan oleh rakyat Kelantan dalam program-program anjuran Barisan Nasional (BN) baru-baru ini membuktikan mereka ingin BN membawa perubahan untuk masa hadapan yang lebih gemilang.

”Kita juga mahu memastikan generasi akan datang terus mengecapi keamanan dan kemakmuran,” katanya ketika berucap dalam Perhimpunan Perdana Anak-anak Kelantan 2013 yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini hari ini.

Yang turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Pengerusi Perhimpunan Perdana Anak-anak Kelantan 2013, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri turut menjanjikan kejutan besar kepada Najib dengan kejayaan BN menawan Kelantan dan memenangi lebih banyak kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Menurut beliau, rakyat semakin bosan dengan kegagalan kerajaan Pas Kelantan menguruskan negeri dengan baik dan mereka juga mahu memastikan tanah-tanah di negeri itu dimiliki oleh orang Kelantan.

”Kita mahu menawan semula Kelantan dan pada masa sama, kita mempertahankan Putrajaya. Hari ini kita mahu menyatakan kebangkitan rakyat Kelantan dan memberikan komitmen kepada Perdana Menteri untuk terus berjuang bersama beliau,” ujarnya. – Utusan

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: