Baucar Karisma: 14, 000 Rakyat Kelantan Layak Terima

Oleh RAITINI RAHMAN :

mailKOTA BHARU – Lebih 14, 000 rakyat di negeri ini dikenalpasti layak menerima baucar RM200 di bawah Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (Karisma) bagi meringankan perbelanjaan harian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar berkata, antara yang bakal mendapat manfaat daripada program itu adalah mereka yang berpendapatan rendah, warga emas, ibu tunggal dan Orang Kurang Upaya.

“Baucar bernilai RM200 seorang itu diberi secara sekali bayar bagi membolehkan penerima menukar barangan keperluan rumah, kelengkapan sekolah, barangan dapur dan memasak serta barangan keperluan khas.

“Penukaran boleh dibuat di
kedai-kedai terpilih di negeri ini mulai hari ini sehingga 31
Mac depan,” katanya kepada media selepas Majlis Pelancaran Program Karisma@Hati Rakyat peringkat negeri Kealantan di sini, hari ini.

Hadir sama pada majlis itu Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Dr Noorul Ainur Mohd Nur, Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Kelantan, Datuk Wan Hazani Wan Mohd Nor dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP)
Kelantan Datuk Makhtar Mustapa.

Noor Zahidi yang mewakili Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed bagi melancarkan program itu berkata, pemberian
baucar itu aadalah bukti keprihatinan Kerajaan Pusat terhadap golongan kurang bernasib baik di negara ini.

Beliau berkata, program terbabit melibatkan Unit Pelarasan Pelaksanaan (ICU), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Yayasan Kebajikan Negara.

“Ia merupakan langkah mendekati rakyat berpendapatan rendah, miskin dan tidak bernasib baik di peringkat akar
umbi,” katanya.

Sementara itu, Noorul Ainur yang mengulas lanjut mengenai program itu berkata, Karisma@Hati Rakyat merupakan inisiatif terkini KPWKM yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Katanya, sebanyak RM50 juta peruntukan khas bakal  diagihkan kepada 200,000 penerima di seluruh negara.

“Pengagihan dibuat dalam bentuk baucar di mana rakyat di Semenanjung menerima RM200 seorang, manakala RM300 bagi penduduk di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Difahamkan seramai 50, 000 penduduk negeri ini
dikenalpasti sebagai miskin, namun hanya 14, 650 terpilih manakala selebihnya akan diberi bantuan berbentuk. kemahiran atau peralatan mengikut keperluan mereka.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: