Ketua Pengarah Penerangan Buat Laporan Polis

je_17.1PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Penerangan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman hari ini membuat laporan polis berhubung pencerobohan sistem e-Akhbar dan e-Press milik Jabatan Penerangan yang memaparkan kenyataan kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan.

Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya pada pukul 3.30 petang.

Bercakap kepada pemberita, Ibrahim berkata, berita tersebut bukan sahaja memaparkan kenyataan palsu malah mencemar nama baik Jabatan Penerangan dan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai.

“Laporan polis ini dibuat mengenai usaha pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab menceroboh laman web Jabatan Penerangan khususnya sistem e-Akhbar dan e-Press yang merupakan lidah rasmi kerajaan memaklumkan aktiviti rasmi kerajaan sama ada perdana menteri, timbalan perdana menteri atau menteri Kabinet.

“Selain memapar kenyataan itu, turut dimuat naik memo daripada rakyat yang mengandungi pelbagai permintaan kepada kerajaan dan ada daripadanya tidak munasabah,” katanya di sini.

Sebelum itu, Jabatan Penerangan telah membuat kenyataan akhbar menafikan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut.

Menurut Ibrahim, pihaknya menyedari kenyataan itu dipaparkan pada pukul 8.05 pagi dan percaya dimuat naik pada pukul 6 pagi ini. – UTUSAN

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: