Lakar Sejarah Aktiviti Dong Zong

dn_02.1KUALA LUMPUR  – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melakar sejarah menjadi Perdana Menteri pertama menghadiri aktiviti anjuran Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) sejak 59 tahun penubuhan persatuan itu.

Kehadiran Najib itu bersempena majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina yang diadakan di Pusat Pengajian Tinggi Dong Jiao Zong di sini hari ini.

Beliau yang tiba pada pukul 9.45 pagi itu disambut Pengerusi Dong Zong, Dr. Yap Sin Tian.

Pada majlis yang dihadiri kira-kira 5,000 tetamu itu, Perdana Menteri menyertai upacara menggaul Yee Sang dan menulis kaligrafi Cina yang bermaksud ‘menyambut tahun baharu bersama-sama’.

Acara menulis kaligrafi itu turut disertai Pengerusi Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong), Sin Tian; Pengerusi Merdeka Universiti Berhad, Foo Wan Thot dan Timbalan Pengerusi Dong Zong, Chow Siew Hon.

Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong.

Najib yang meluangkan masa kira-kira setengah jam telah dihiburkan dengan persembahan tarian singa serta muzik dan nyanyian tradisional Tionghua sambil menikmati hidangan bersama tetamu yang lain.

Sementara itu, mengulas lawatan Najib, Siew Hon menyifatkannya sebagai satu permulaan yang baik kepada penambahbaikan pendidikan aliran sekolah Cina.

”Kami gembira dengan lawatan Perdana Menteri dan nampak keikhlasan beliau hadir dalam majlis hari ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis tersebut. – Utusan

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: