PRU13: Umno Mungkin Letak Calon Ulama

imageKUALA LUMPUR – Umno tidak menolak mungkin akan membariskan calon-calon kalangan ulama pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), namun keputusan akhir tetap akan ditentukan oleh Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, menjelang PRU13, Umno bakal membariskan pelbagai kategori calon untuk mewakiliparti itu.

“Macam-macam calon akan ada nanti, tetapi seperti yang telah disebut oleh presiden, calon ini mestilah merupakan calon yang dikehendaki oleh rakyat dan bukannya seperti yang dikehendaki oleh pihak lain.

“Bukan calon yang Umno mahu, bukan calon yang presiden ataupun yang Barisan Nasional (BN) mahukan, sebaliknya calon yang dikehendaki oleh rakyat. Calon ini nanti adalah calon rakyat mahu jadi wakil rakyat mereka,” katanya kepada media selepas melancarkan Gerak Kerja Veteran Umno, Keluargaku Pengundi BN di sini, hari ini.

Sinar Harian Edisi Isnin hari ini melaporkan tentang kewajaran golongan ulama turut terlibat dalam politik seterusnya menjadi calon pada PRU13.

Laporan khas itu turut menjelaskan beberapa pandangan mengenai penglibatan tiga tokoh agama yang dipelawa menyertai parti politik dan bertanding pada PRU13.

Mengulas perkara sama, Tengku Adnan berkata, “tidak kiralah, imam ke, ulama ke, orang muda ke, orang tua ke, selagi rakyat mahu calon sebegitu, maka semua kategori calon adalah berpeluang menjadi calon Umno nanti,” katanya lagi.

Sementara itu, beliau menambah, memandangkan PRU13 semakin hampir, manifesto Umno dan BN juga akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Tunggulah..,” jawab beliau ringkas. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: