Sembang Warung Cara UMNO Pasir Puteh Dekati Rakyat

wt_03.1PASIR PUTEH  – UMNO Bahagian Pasir Puteh menjadikan program sembang warung sebagai medium bagi menerangkan dasar-dasar kerajaan kepada rakyat terutama di kawasan kampung.

Ahli Jawatankuasa UMNO bahagian, Zulkifli Ali berkata, pendekatan tersebut diambil bagi memastikan maklumat yang ingin disampaikan oleh pihak kerajaan kepada rakyat dibuat secara tepat dan telus.

Menurutnya, melalui program itu juga UMNO bahagian dapat merapatkan hubungan pemimpin dengan penduduk kampung selain meninjau dan melihat sendiri masalah yang dihadapi oleh mereka.

“Program itu selaras dengan kehendak pucuk pimpinan tertinggi yang mahu pemimpin peringkat bahagian turun padang untuk melihat sendiri dan merasai denyut nadi rakyat. Ini penting, bagi memastikan nasib golongan yang kurang berkemampuan mendapat pembelaan sewajarnya tanpa mengira fahaman politik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika Program Sembang Warung di Kampung Padang Pak Omar, Selising di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai Penerangan Daerah Pasir Puteh, Maidin Yaacob; Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKP) Padang Pak Omar, Kamarudin Che Hat dan Pengarah Barisan Nasional bagi Dewan Undangan Negeri (DUN), Tuan Mustafa Tuan Mat.

Hampir 100 penduduk di kampung berkenaan tanpa mengira peringkat umur keluar memeriah majlis tersebut.

Terdahulu, Zulkifli bersama rombongan turut meluangkan masa meninjau masalah rakyat dan menyampaikan sumbangan hamper kepada keluarga yang kurang bernasib baik di kampung berkenaan. – UTUSAN

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: