Wan Rahim Dan Abd Halim Tarik Diri Bertanding PRU 13?

Oleh RAITINI RAHMAN :

Wan NikKOTA BHARU – Pas Kelantan menafikan khabar angin berhubung isu beberapa pemimpin vateran parti itu menarik diri daripada bertanding pada pilihanraya umum ke 13 tidak lama lagi.

Pengarah Jentera Pilihanraya Pas negeri, Wan Nik Wan Yusof berkata, berita tersebut hanyalah khabar angin semata-mata.

Sebaliknya beliau berkata, soal pemilihan dan penentuan calon seperti biasa akan ditetapkan oleh pimpinan tertinggi parti dan bukannya individu tertentu.

“Dalam Pas yang menentukan siapa calon adalah pimpinan tertinggi. Jadi tidak timbul siapa akan jadi calon dan siapa yang akan digugurkan.

“Mereka yang dipilih perlu menggalas mandat yang diamanahkan oleh parti,” katanya kepada DetikPerubahan.com di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai khabar angin berhubung penarikan diri Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah dan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Abdul Halim Abd Rahman.

Wan Nik berkata,  sehingga kini senarai calon masih belum diumumkan oleh yang demikian tiada siapa yang tahu siapa yang dipilih sebagai calon.

Sementara itu, Wan Rahim bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai khabar angin tersebut.

“Saya tidak boleh memberi sebarang komen mengenai berita itu,” katanya.

Selain menjawat jawatan Yang Dipertua Pas Kota Bharu, Wan Rahim juga merupakan bekas Pengarah Jentera Pilihanraya Pas Pusat yang kini disandang oleh Dr Hatta Ramli.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: