Warga Felda Perlu Syukuri Nikmat Yang Dikecapi – Dr. M

dn_25.2KUALA LUMPUR – Warga Felda seharusnya bersyukur dengan segala nikmat yang diperolehi di bawah skim itu yang telah banyak membantu rakyat di negara ini memperbaiki kehidupan terutama di kalangan orang Melayu dari selepas zaman kemerdekaan sehingga sekarang.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr, Mahathir Mohamad berkata, mereka juga perlu berasa beruntung dan bernasib baik kerana kerajaan yang diberi kuasa selepas zaman penjajah terfikir untuk mewujudkan skim seperti Felda yang tidak terdapat di negara lain di dunia.

“Sebenarnya kita disini dapat banyak nikmat, nikmat yang datang sebab kita bernasib baik kerana pemerintah yang dipilih rakyat selepas zaman penjajah tahu tentang bagaimana hendak tolong rakyat dan nasib baik mereka terfikir hendak buat skim Felda.

“Malah tidak ada satu negara di dunia ini yang pernah adakan sistem untuk peneroka seperti Felda ini. Hanya di Malaysia yang ada sehingga ia berjaya menjadi satu tanda kemajuan negara,” katanya ketika berucap pada Majlis Bersama Negarawan Ulung anjuran Felda di sini, hari ini.

Hadir sama ialah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad, Pengarah Besar Felda, Datuk Faizoull Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH), Datuk Sabri Ahmad.

Bekas Perdana Menteri berkata, beliau sendiri sebagai seorang yang pernah memimpin Malaysia selama 22 tahun berasa begitu bangga dengan kewujudan Felda dan fungsinya yang terlalu banyak berjasa kepada rakyat Malaysia dan orang Melayu.

“Sebelum Felda wujud, ramai kawan-kawan saya terpaksa masuk hutan menebang tebas pokok-pokok untuk dijadikan ladang getah dan sebagainya kerana tiada pekerjaan sehingga ada yang jatuh sakit malah meninggal dunia. Itu semua mereka lakukan tanpa sebarang bantuan dari sesiapa.

“Namun apabila kerajaan dipimpin oleh rakyat kita sendiri selepas zaman penjajah, perkara yang paling diutamakan ketika itu ialah untuk mengatasi kadar pengangguran yang tinggi di kalangan rakyat. Melihat kepada itu, maka kerajaan mengambil langkah mewujudkan skim Felda yang memberi peluang pekerjaan kepada ramai orang ketika itu,” katanya. – UTUSAN

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: