DAP, PKR Johor Bertelagah

2Tak sepakat agihan kerusi PRU-13
Johor Bahru: Pakatan pembangkang di Johor bertelagah berhubung pengagihan kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dengan DAP mendesak PKR memecat pengerusinya di negeri itu, Datuk Chua Jui Meng.

Desakan itu dibuat Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau yang mahu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Presidennya, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail mengambil alih pucuk pimpinan PKR Johor.

Beliau (Jui Meng) juga selalu tolak cadangan DAP dan PAS dengan menggambarkan dirinya berkedudukan lebih tinggi dan berpengaruh dalam pakatan,” Dr Boo Cheng Hau, Pengerusi DAP Johor

Cheng Hau berkata, Jui Meng banyak kali mengumumkan beliau akan bertanding di Gelang Patah, walaupun tiada keputusan dibuat pucuk pimpinan pusat pakatan pembangkang.

Jui Meng angkuh
“Beliau (Jui Meng) juga selalu tolak cadangan DAP dan PAS dengan menggambarkan dirinya berkedudukan lebih tinggi dan berpengaruh dalam pakatan,” katanya dalam kenyataan dalam bahasa Mandarin yang diedarkan kepada media berbahasa Cina di sini, semalam.
Dalam kenyataan itu, Cheng Hau turut mendakwa pakatan pembangkang di Johor, sudah berpecah sejak dua tahun lalu, iaitu sejak Jui Meng dilantik mengetahui PKR Johor.

Pakatan di Johor retak sejak 2011
“Keangkuhan beliau adalah penyebab utama perpecahan ini dan sebab itu saya merayu Anwar atau Wan Azizah mengambil alih kepemimpinan PKR di Johor,” katanya.

Parlimen Gelang Patah asalnya adalah kerusi tradisi DAP, sebelum memberi laluan kepada PKR pada 1995 untuk membolehkan bekas Pengerusi PKR Johor, Allahyarham Abdul Razak Ahmad, yang ketika itu bertanding atas tiket Parti Rakyat Malaysia (PRM).
Kerusi itu kembali ditandingi DAP pada 1999 sebelum memberi laluan kepada PKR meletakkan calon pada PRU 2004 dan 2008 tetapi tewas kepada calon BN, Tan Ah Eng.
Selepas PRU 2008, DAP dikatakan sudah membuat persediaan untuk kembali bertanding di kerusi itu.
Bagaimanapun, ia menjadi isu apabila kerusi terbabit turut menjadi idaman Jui Meng kerana melihat potensi untuk menang berikutan peratusan tinggi pengundi Cina di situ.
Jui Meng ketika dalam Barisan Nasional (BN) bertanding di Parlimen Bakri.

Pusat tentukan
Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed yang dihubungi semalam, mengakui masih wujud masalah berhubung agihan kerusi antara PKR dan DAP di negeri berkenaan.

“Kita sudah berbincang dan 90 peratus sudah dipersetujui PAS, PKR dan DAP, namun ada beberapa kerusi yang masih belum selesai sehingga kini.

“Sudah banyak kali kami berbincang dan masih tidak mendapat kata putus mengenai agihan beberapa kerusi itu. Akhirnya, kami membuat keputusan menyerahkannya kepada pucuk pimpinan pusat untuk menentukannya,” katanya.

Mahfodz menyifatkan perbalahan terbuka Cheng Hau dan Jui Meng sebagai kurang baik untuk pakatan pembangkang.

“Saya dukacita kerana pertelagahan ini berlaku, sepatutnya isu ini tidak diperbesarkan,” katanya. – Berita Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: