Hajat Tunai Umrah Berkecai

imageKOTA  BHARU – Hajat seorang remaja untuk menunaikan umrah Mac ini, tidak kesampaian apabila dia terkorban dalam nahas jalan raya selepas motosikal yang ditungganginya merempuh belakang sebuah kereta dalam kejadian di jambatan Bunut Payong, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang, mangsa Mohd Aiman Ibrahim, 17, bekas pelajar Ma’ahad Tahfiz Sains, Kok Lanas maut di tempat kejadian selepas dipercayai mengalami kecederaan parah di kepala dan leher.

Mangsa dari Kota Bharu dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Nilam Puri.

Sepupu mangsa, Rizwan Ramli, 29 berkata, dia amat terkilan kerana Mohd Aiman tidak sempat menunaikan umrah dalam masa terdekat ini.

Menurut Rizwan, sepatutnya Aiman bersama ibunya, Maznah Yusof, 50, dan adiknya, Muhammad Aidil Iman, 15, berangkat ke Tanah Suci pada minggu hadapan.

“Segala persiapan termasuk urusan visa telah pun siap dan hanya menantikan masa untuk berangkat ke sana, namun saya amat terkilan dan sedih selepas melihat mayatnya terbujur kaku di atas jalan selepas terlibat dalam kemalangan.

“Semalam (kelmarin) sebelum kejadian, saya sempat meluangkan masa bersamanya ke majlis kenduri pertunangan sepupu di Terengganu, dan sepanjang perjalanan dia tidak banyak bercakap dan hanya mendiamkan diri.

Tidak saya sangka perubahan itu merupakan petanda ajal dia akan pergi selamanya,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superitendan Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut.

Idris berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya.

“Kita masih menjalankan siasatan berhubung punca kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: