Pas Kian Terhimpit

AMIRUL HAFIZ :

mailKOTA BHARU – Pas diingatkan supaya tidak bermain politik untuk terus mengelirukan ahli dan penyokongnya setelah terhimpit dengan pelbagai isu menyebabkan keyakinan rakyat terhadap parti itu kian terhakis.

Bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad berkata, sejak awal lagi Pas sepatutnya tidak bersekutu dengan DAP memandangkan parti itu telah terang-terangan menentang Islam.

“Persoalannya sekarang apa keuntungan di pihak Pas sejak bersekutu dengan DAP. Terutamanya dalam isu-isu agama. Apa maksud Pas kata mempertahankan Islam sedangkan kedudukan Islam seolah-olah terus dicabar oleh DAP.

“Lihat saja dalam isu kalimah Allah, DAP terus berdegil walaupun desakan demi desakan dilakukan. Begitu juga dalam isu pelaksanaan hukum hudud dan negara Islam, DAP terang-terang menentang. Jadi apa kekuatan yang ada pada Pas sejak bekerjasama dengan DAP.

“Tidak ada satu perkara yang boleh dibanggakan hasil perjuangan Pas yang dikatakan mendokong kedaulatan Islam selama ini,” katanya kepada Detikperubahan di sini.

Beliau mengulas kenyataan presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dilapor menegaskan parti itu tidak teragak-agak keluar daripada pakatan pembangkang jika kerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) merugikan Islam.

Ketika menyampaikan ucapan di Himpunan Kebangkitan Rakyat Pas Ganti UMNO di Kampung Banggol Peradong, dekat sini semalam Abdul Hadi berkata, selagi ketiga-tiga parti tersebut mampu bekerjasama dalam mempertahankan Islam, Pas akan meneruskan permuafakatan berkenaan.

“Pas beri jaminan kerjasama Pas dengan DAP dan PKR selagi dapat pertahankan Islam, tetapi sekiranya kerjasama itu merugikan Islam, Pas akan keluar dari pakatan rakyat (pembangkang), tiada ragu-ragu lagi,” kata Abdul Hadi.

Wan Ismail berkata, kenyataan presiden Pas itu tidak ubah seperti ingin mengelabui mata ahli dan penyokongnya yang kini semakin berani mengkritik pemimpinnya yang dilihat tidak ada ketegasan dalam mempertahankan penggunaan kalimah Allah sebagai hak eksklusif bagi orang Islam.

Dalam pada itu, beliau yang juga selaku bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat mendesak serta mencabar Abdul Hadi menarik balik persetujuannya membenarkan kalimah Allah diguna pakai oleh bukan Islam di dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat pada 8 Januari lalu.

“Sekiranya Haji Hadi (Abdul Hadi) tidak menarik balik persetujuan tersebut maknanya dia masih menyokong DAP dalam isu berkenaan meskipun Majlis Syura Ulama Pas telah membuat keputusan bahawa bukan Islam tidak boleh guna kalimah Allah,” katanya.

Difahamkan, persetujuan Abdul Hadi pada mesyuarat tersebut adalah selari dengan pendirian Pas pada 2010 berhubung isu yang sama.

Pada masa sama beliau membidas kebanyakan pemimpin Pas yang ada sekarang tidak berpegang pada paksi siasah Islam sebenar di dalam perjuangan mereka sebaliknya mengamalkan politik emosi sehingga sanggup memperdagangkan agama semata-mata untuk mengejar kuasa.

“Saya sangat masak dengan Pas ini. Jangan mudah terpengaruh dengan perjuangan mereka secara membabi-buta. Tetapi kita harus melihat mereka dengan ilmu, bukan dengan retorik ilmu yang mereka canangkan kepada kita,” katanya yang juga selaku antara pengasas penubuhan Pas di Kelantan.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: