PRU-13: TPM Yakin Sokongan Masyarakat India Kepada BN Meningkat

px_02.1SUNGAI SIPUT  – Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin sokongan kaum India terhadap Barisan Nasional (BN) bertambah baik pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Timbalan Perdana Menteri berkata, berdasarkan tinjauan dan banci pengundi kaum India yang dilakukan di seluruh negara, hampir sebahagian besar masyarakat India telah kembali memberi sokongan padu kepada BN.

“Mungkin pada pilihan raya lalu mereka (kaum India) agak terpengaruh dengan parti pembangkang dan Hindraf serta beberapa isu tertentu yang timbul menyebabkan mereka marah, tetapi itu sudah lima tahun berlalu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Jamuan Rakyat 1Malaysia di Pusat Kegiatan Kemas Sungai Siput di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, langkah kerajaan membantu semua kaum, termasuk kaum India melalui dasar transformasi dan program penting sejak lebih dua tahun lepas, telah menyedarkan kaum itu bahawa kerajaan pimpinan BN berupaya membantu mereka.

Katanya, kerajaan memberi perhatian terhadap keperluan pendidikan, tempat beribadah serta meningkatkan taraf hidup kaum berkenaan.

“Jadi kami dalam BN rasa agak begitu yakin dalam pilihan raya akan datang sokongan kaum India terhadap BN bertambah baik,” katanya. – BERNAMA

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: