Puad: ‘Fitnah Mahu Jatuhkan Najib’

imageBATU PAHAT – Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan tindakan pihak tidak bertanggungjawab menggodam laman sesawang Jabatan Penerangan sebagai sudah kekeringan idea.

Pihak berkenaan bertindak memasukkan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak meletakkan jawatannya serta permohonan maaf kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta seluruh ahli parti pembangkang berkenaan.

Menurut Mof Puad, fitnah seperti ini adalah cara lama pihak berkenaan mahu menjatuhkan Najib yang sememangnya telah melakukan banyak perubahan yang membawa kepada keselesaan rakyat sepanjang pemerintahannya.

Beliau turut meminta Unit Rekod dan Teknologi Maklumat (IT) Barisan Nasional (BN) bersiap sedia kemungkinan berdepan ancaman penggodaman sistem bagi menghadapi pilihan raya.

“Dengan kejayaan pihak terbabit menggodam laman sesawang ini, tidak mustahil mereka akan melakukan perkara sama semasa pilihan raya nanti.

“Sebab itu, pihak IT BN perlu mengejar teknologi yang ada, bukan hanya mempelajari cara menggunakannya tetapi turut belajar mengelak daripada dicerobohi pihak tidak bertanggungjawab,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, tindakan Najib yang melakukan sentuhan terakhir untuk menghadapi pilihan raya juga mengundang rasa tidak selesa kepada pembangkang.

Malah beliau tidak menolak pembangkang kini terdesak melakukan apa sahaja asalkan mendapat sokongan rakyat. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: