Trauma Lori Terbalik

imageRANTAU PANJANG – Pemandu lori yang membawa muatan buah trauma, setelah kenderaan dipandunya terbalik dalam kemalangan di Gual Mesa kira-kira jam 7 pagi, semalam.

Ketika kejadian, mangsa, Khairul Anuar Arif, 27, dalam perjalanan untuk menghantar buah dokong dan mempelam dari Siam yang diambilnya di Rantau Panjang untuk dipasarkan ke Pasir Mas.

Tayar belakang lori satu tan penuh dengan muatan buah pecah secara tiba-tiba itu menyebabkan Khairul Anuar tidak dapat mengawal kenderaannya, seterusnya terbalik melintangi jalan.

Ketika kejadian, terdapat 30 bakul dokong yang setiap satunya seberat 25 kilogram dan beberapa kilogram mempelam.

Berikutan kejadian itu, buah dibawa mangsa bertaburan di atas jalan, sebelum dikutip keluarga mangsa dan dihantar dengan lori lain ke Pasir Mas, sementara lori turut rosak dan cermin hadapannya pecah.

Ibunya, Roslina Che Ali, 48, berkata, dia terkejut apabila menerima panggilan Khairul Anuar yang merupakan anak sulung daripada tujuh beradik itu memaklumkan lori dipandunya terbalik.

Menurutnya, sebaik menerima panggilan, hatinya menjadi tidak tenteram kerana bimbang Khairul Anuar cedera.

“Selepas menerima panggilan saya meminta suami segera ke tempat kejadian untuk melihat keadaan anak, memandangkan lori yang dipandunya terbalik,” katanya.

Peniaga buah ini berkata, anaknya sudah lebih lima tahun membawa lori buah dan tidak pernah berdepan kejadian tidak diingini seperti semalam.

Menurutnya, sebelum kejadian, Khairul Anuar sudahmemeriksa tayar lori berkenaan dan ketika itu semuanya dalam keadaan baik.

“Saya bersyukur dia selamat walaupun cermin depan lori pecah dan lori dipandunya terbalik.

“Selepas kejadian, buah yang masih elok dikutip dan dihantar ke Pasir Mas dengan lori ganti,” katanya. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: