Umno Puji Semangat Veteran Parti

imageKUALA LUMPUR – Umno memuji sikap dan semangat yang ditunjukkan Kelab Veteran Umno apabila melancarkan Gerak Kerja ‘Keluargaku Pengundi BN’.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, Kelab Veteran telah memainkan peranan terbaik dalam usaha untuk sama-sama berkempen menjelangnya Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Menurutnya, dengan keahlian 750,000 ahli veteran, mereka wajar disanjung kerana kecekalan serta sentiasa berikan yang terbaik untuk parti.

“Kita yakin Veteran akan beri lebih komitmen kepada parti. Syabas kepada veteran yang mampu lakukan kempen ini. Pengalaman mereka sangat berharga dan itu perlu diteruskan demi memastikan bangsa, agama dan negara tidak tergugat,” katanya dalam ucapan pelancaran Gerak Kerja Veteran Umno di Ibu Pejabat Umno, di sini, semalam.

Katanya, pandangan veteran diambil kira dan sangat memerlukan idea orang lama untuk meningkatkan Umno pada masa akan datang.

“PRU13 adalah sengit memandangkan yang ada kuasa mahu kekalkan, dan tidak ada kuasa mahu merampasnya.

“Dengan stiker ‘Keluargaku Pengundi BN’ akan menggugat pembangkang,” katanya.

Katanya, Umno dan veteran akan terus bekerjasama.

Sementara itu, Pengarah Gerak Kerja, Datuk Mustapha Yaakub berkata, Veteran Umno tidak mahu ketinggalan untuk berkempen bagi PRU13.

Katanya dengan slogan ‘Keluargaku Pengundi BN’, ia diharap dapat sama-sama bergerak seiring bersama Wanita, Pemuda dan Puteri.

“Slogan dipilih sekitar tahun lalu itu menunjukkan semangat juang warga veteran bagi melancarkan siri kempen PRU13. Kita mahu beri amaran kepada Pakatan Rakyat serta penyokongnya dengan menampal stiker ini di rumah agar tiada cubaan menghasut daripada mereka,” katanya.

Mustapha yang juga Setiausaha Kelab Veteran berkata sebanyak 1 juta stiker akan dicetak dan setiap pengerusi negeri menerima 5,000 stiker. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: