Wanita Sarat Mengandung Maut

imageTUMPAT – Seorang wanita sarat mengandung lapan bulan antara dua yang maut selepas kereta jenis Honda Accord yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 19 Jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor dekat selekoh tajam di Kampung Jubakar Darat, awal pagi semalam.

Dalam nahas yang berlaku jam 5.20 pagi, wanita terbabit dikenali Rohanee Samamae, 35, merupakan warga Thailand maut di tempat kejadian.

Manakala pemandu kereta terbabit dari Kampung Kok Lanas, Kota Bharu, Mohd Nasaruddin Mohd Sidik, 39,  maut apabila mengalami kecederaan parah selepas tersepit di tempat pemandu.

Seorang lagi penumpang kereta terbabit Waehanisah Kolu, 22, warga Thailand, juga mengandung cedera parah.

Ketua Trafik Daerah Tumpat, Inspektor Awang Abu Bakar Awang Rosli berkata, mangsa ketika itu dalam perjalanan dari Pengkalan Kubor menghala ke Kota Bharu.

Menurutnya, kereta yang dipandu Mohd Nasaruddin ketika melalui selekoh tajam memasuki laluan bertentangan menyebabkan bertembung dengan bas ekspres tersebut.

“Bas ekspres Kuala Lumpur – Kota Bharu tersebut tiada penumpang dalam perjalanan menuju ke Pengkalan Kubor selepas menurunkan penumpangnya di Kota Bharu,” katanya.

Pemandu bas tersebut, Shamsudin Mohd Nor, 39, bersama pemandu kedua, Wan Radhuan Wan Mat, 42, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Bagaimanapun bas ekspres tersebut hampir merempuh sebuah rumah kosong apabila terbabas ke bahu jalan selepas bertembung dengan kereta itu.

Awang Abu Bakar berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing.

Satu jam keluarkan mangsa tersempit

Pihak bomba mengambil masa selama satu jam untuk mengeluarkan tiga mangsa apabila dua daripadanya tersempit di bahagian hadapan.

Ketua Balai Bomba Pengkalan Kubor, Bustaman Karudin berkata, mangsa pertama dikeluarkan adalah penumpang di belakang, Waehanisah yang mengalami kecederaan parah.

“Mangsa kedua berjaya dikeluarkan ialah penumpang di hadapan, Rohaneedan seterusnya pemandu kereta terbabit, Mohd Nasaruddin.

“Kedua-dua mangsa tersempit teruk di bahagian hadapan dan mengalami sedikit kesukaran untuk mengeluarkan mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian.

“Seramai lapan anggota dengan satu jentera dari Pengkalan Kubor bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan,” katanya kepada Sinar Harian.

Arwah sempat bagi cincin kepada bekas isteri

Arwah Mohd Nasaruddin sempat menyerahkan cincin perak kepada bekas isterinya, Wahida Mohd Hanif, 40, dari Kampung Dalam Rhu sebagai tanda untuk rujuk kembali selepas mereka berpisah lebih 10 tahun lalu.

Wahida berkata, dia agak terkilan kerana tidak sempat memberi jawapan kepada arwah.

“Petang semalam (kelmarin) arwah ada datang ke kedai runcit dan meluahkan hasrat untuk rujuk.

“Arwah bagi cincin perak yang dipakainya kepada saya sebagai tanda rujuk kembali, tetapi saya tidak beri sebarang jawapan,” katanya.

Menurutnya, pada malamnya pula, arwah datang lagi selepas dihubungi Nurnisren, 13, anak tunggal hasil perkongsian hidup dengannya apabila meminta dibelikan kek.

“Arwah datang bawa kek tersebut dan selepas itu memaklumkan akan bertolak ke Kuala Lumpur, tetapi dia tidak sempat ke sana apabila terlibat dengan nahas di Kampung Jubakar,” katanya.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk, Tumpat di kampung halaman bekas isterinya. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: