1,000 Pengguna Di Kelantan Alami Gangguan Bekalan Air

Gangguan-Bekalan-Air2KOTA BHARU – Kira-kira 1,000 pengguna di tiga jajahan iaitu Machang, Pasir Puteh dan Kota Bharu akan mengalami gangguan bekalan air berikutan kerja penyelenggaraan elektrik di Loji Rawatan Air di Merbau Chondong, Machang, hari ini.

Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dalam kenyataan berkata penyelenggaraan elektrik di loji itu akan bermula pada pukul 2 hingga 3 petang.

Antara kawasan dan kampung terlibat di Machang ialah Bandar Machang, UiTM Machang, Labok, Padang Selising, Merbau Chondong, Bukit Tiu, Banggol Petai, Kweng Hitam, Pangkal Meleret, Wakaf Bata dan Paloh Rawa.

Kampung-kampung terlibat di jajahan Pasir Puteh termasuk Bukit Bidang, Taman Sentosa, Alor Hijau, Jeram, Selising, Dalam Rhu, Tok Bali, Bukit Jawa, Kedai Menanti, Kampung Berangan dan Banggol Telipot, manakala di jajahan Kota Bharu ialah di sekitar Kok Lanas.

Sehubungan itu, AKSB menasihatkan pengguna di kawasan terlibat supaya menyimpan bekalan air mencukupi sementara bekalan dipulihkan.  – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: