Empat Projek Mega KL-Singapura

pix_gal0Singapura: Malaysia dan Singapura semalam memperkukuhkan hubungan dua hala ekonomi dengan menjalin kerjasama membangunkan empat projek mega bernilai RM28.6 bilion di Johor Bahru, Iskandar Malaysia dan Singapura.

Kerjasama berkenaan ialah membina Marina One, sebuah projek pembangunan bersepadu di Central Business District (CBD) di Singapura bernilai RM17.5 bilion, Pulau A2 di Danga Bay bernilai RM8.1 bilion dan Urban Wellness serta Resort Wellness di Medini Iskandar Malaysia, kedua-duanya bernilai RM3 bilion.

Kedua-dua negara juga sepakat membina perkhidmatan kereta api laju yang apabila siap menjelang 2020 akan memendekkan masa perjalanan Kuala Lumpur-Singapura kepada hanya 90 minit.

Pemukiman pemimpin

Majlis pelancaran, pecah tanah, menandatangani serta persetujuan melaksanakan kerjasama itu disempurnakan sempena Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura Keempat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatnya, Lee Hsien Loong di Singapura dan Johor Bahru semalam.

Dalam sidang akhbar bersama selepas pemukiman itu, kedua-dua pemimpin menyifatkan hubungan kedua-dua negara sebagai progresif dan mantap serta bertekad supaya ia berkekalan.
Najib dan Hsien Loong bersetuju hubungan Malaysia-Singapura memasuki dimensi baru berdasarkan keyakinan dan saling mempercayai yang semakin kukuh. Justeru, kedua-dua negara menzahirkan komitmen untuk terus menyokong satu sama lain.

“Kami tidak mahukan kemajuan (projek) yang terlalu menakjubkan. Kami mahukan kemajuan mapan kerana ia adalah ciri sebenar hubungan dua hala kita.

Mahu kesinambungan

“Sudah tentu kita mahu kesinambungan kerana semua projek yang sudah dirangka untuk jangka panjang. Jadi, untuk memastikan keadaan itu direalisasikan sudah tentu kita perlukan kestabilan dan kesinambungan,” kata Najib ketika menjawab soalan sama ada keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan memberi kesan kepada pelbagai projek yang sudah dirancang kedua-dua negara.

Mengulas isu sama, Hsien Loong berkata, kerjasama dua hala Malaysia-Singapura disifatkan sebagai marathon, iaitu pembangunan adalah berasaskan hala tuju mapan jangka panjang.

“Sudah tentu kami juga mahu kestabilan dan kesinambungan,” katanya. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: