Harap BN Bawa Perubahan

tok pa2KOTA BHARU  – Menyedari kerajaan Pas gagal membela nasib mereka, rakyat Kelantan mula

menyatakan sokongan secara terbuka kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) kerana yakin hanya parti itu mampu membawa perubahan di negeri ini.

Tinjauan mendapati, rata-rata penduduk yang ditemui meletakkan harapan agar UMNO dan BN mampu mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Malah, mereka juga yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengotakan janji beliau untuk membela hak rakyat negeri ini sekiranya UMNO dan BN diberi mandat membentuk kerajaan negeri.

Seorang petani, Mohd. Din Awang Chik Mat, 62, berkata, dia sudah lama mendapati pentadbiran kerajaan Pas negeri tidak banyak membawa kemajuan untuk kesejahteraan rakyat Kelantan.

“Contohnya, dalam bidang pertanian di Lembah Sireh, kawasan yang pernah produktif menghasilkan sayur-sayuran dan buah-buahan telah diambil alih oleh kerajaan negeri bagi dibangunkan, tetapi sehingga sekarang tidak dapat dilaksanakan,” katanya.

Perdana Menteri ketika merasmikan Perhimpunan Perdana Anak-Anak Kelantan 2013 di Stadium Putra, Bukit Jalil kelmarin berjanji akan mengembalikan setiap inci tanah di Kelantan kepada rakyatnya sekiranya BN diberi mandat untuk memerintah negeri pada pilihan raya umum nanti.

Pelukis batik, Ramli Ibrahim, 48, turut mengharapkan agar BN mencapai kemenangan dalam pilihan raya umum nanti supaya lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat Kelantan disediakan.

Dakwa beliau, kerajaan Pas Kelantan sehingga kini dilihat masih gagal menyediakan peluang pekerjaan untuk rakyat, menyebabkan ramai yang berhijrah.

“Saya mengharapkan kemenangan BN kerana banyak projek mampu dilaksanakan untuk kepentingan rakyat,” katanya.

Bagi pesara, Mohd. Yusoff Mamat, 68, dia turut mengharapkan kemenangan BN bagi membolehkan ekonomi Kelantan dipacu untuk kesejahteraan rakyatnya.

“Selain itu, banyak masalah berbangkit di peringkat pihak berkuasa tempatan sejak akhir-akhir ini yang gagal ditangani oleh kerajaan negeri sehingga menimbulkan rasa kurang senang rakyat,” katanya.

Seorang pembatik, Che Hassan Yaacob, 44, pula menyuarakan keyakinan beliau tentang kemenangan BN yang bakal mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat Kelantan.

“Pendapatan sebagai pelukis batik tidaklah besar bagi menyara keluarga, sedangkan kos hidup terus meningkat. Anak-anak pula semakin meningkat dewasa dan semuanya memerlukan duit,” katanya yang mempunyai empat orang anak.

Sementara itu, Zamri Zakaria, 45, tanpa berselindung menyatakan rasa cemburu dengan nikmat dan kemajuan yang dikecapi oleh penduduk di negeri-negeri di bawah BN.

“Mereka mudah diberikan perhatian kerana mempunyai hubungan baik dengan pemimpin di peringkat Pusat, sedangkan di Kelantan banyak masalah tidak dapat ditangani segera kerana tiada keserasian antara kerajaan negeri dengan Pusat. Ini menyusahkan rakyat,” katanya. – UTUSAN

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: