Henti Sekolah Demi 7 Adik

imageKOTA BHARU – Demi keselesaan tujuh lagi adiknya, seorang kakak sanggup mengorbankan masa depan, berhenti daripada persekolahan semata-mata mahu melihat mereka menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain.

Zaman remaja dilaluinya tidak seindah rakan seusia apabila dia terpaksa membuat keputusan berhenti belajar selepas gagal menampung perbelanjaan membabitkan urusan itu.

Lebih menyedihkan apabila Massherli Farahyanna Hanif Hidayu Mohd Nawi, 17, terpaksa berhenti pada saat dia sepatutnya menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), hujung tahun ini.

Katanya, keputusan dibuat tanpa kerelaan hati selepas dia tidak betah lagi untuk melihat beban dipukul bapa, Mohd Nawi Awang Che, 49, dan ibu, Syamsiah Mohd, 39, membesarkan adik-adiknya, Mohd Syafik,16; Mohd Asyraf,10;Mohd Razlan,9; Siti Nur Zulaikha,8; Siti Nur Amani,5; Siti Nur Arisa dan Mohd Adam Mukris, 24 hari.

“Walau pun saya mempunyai dua abang, Mohd Sharif Hidayatullah, 21, dan Mohd Ikhwan, 20, tetapi mereka juga bekerja biasa-biasa sahaja dan hanya cukup makan.

Bapa pula hanya seorang buruh yang berpendapatan tidak menentu. Kadangkala dapat RM300 seminggu dan ada masa tiada langsung.

“Sebab itu saya terpaksa berhenti sekolah dan bekerja sebagai pelukis batik di perusahaan milik bapa saudara. Dengan pendapatan 400 sebulan itu, dapatlah saya membantu ibu dan menampung sikit sebanyak duit persekolahan adik yang lain,” katanya.

Mengimbau kenangan ketika dia masih bersekolah, Massherli berkata, mengikat perut sehingga tamat waktu persekolahan ialah perkara biasa baginya. Keluar rumah dengan poket kosong dan perut yang belum berisi juga ialah rutin harian dilaluinya.

“Saya ke sekolah dengan pakaian seragam dan kasut yang lusuh. Duit poket tidak pernah ada, kalau adapun hanya duit tambang bas RM2 pergi dan balik. Pernah juga saya terpaksa berjalan dari Sekolah Menengah Kedai Buloh untuk pulang ke rumah di Kampung Che Deris ini,” katanya.

Lebih malang, kehidupan remaja ini juga begitu daif apabila mereka sekeluarga hanya tinggal di dalam bilik kecil dengan keluasan kira-kira 37 meter persegi.

“Bilik ini asalnya stor penyimpanan kain putih untuk membuat batik tetapi kerana simpati, bapa saudara benarkan kami 12 beranak tidur di sini. Kalau hujan bilik ini akan bocor dan kami akan tidur dalam keadaan basah,” katanya.

Bagaimanapun, penderitaan keluarga ini bakal berakhir selepas nasib malang mereka mendapat perhatian terus Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghantar wakilnya, Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Shuhaimi Ibrahim untuk melihat keadaan keluarga ini.

Hadir sama pada majlis itu, Penyelaras Dun Cempaka, Zarina Md Eusope bagi menyampaikan sumbangan peribadi Najib berjumlah RM500 kepada keluarga ini dan seorang lagi ibu tunggal empat anak, adik Syamsiah, Siti Mariam Mohd, 38, yang turut mengalami nasib sama.

Shuhaimi berkata, pihaknya melalui Jabatan Perdana Menteri akan menyegerakan pembinaan rumah buat kedua-dua keluarga ini selain akan memastikan mereka mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat masing-masing RM400 dan RM450 selewat-lewatnya hujung bulan ini. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: