Pemuda OKU Harap Bantuan

imagePASIR MAS – Seorang pemuda yang juga OKU, Mohd Zaid Ibrahim, 34, memohon bantuan kebajikan agar dapat menampung perbelanjaan harian.

Kakaknya, Norzilah Ibrahim, 35, berkata, kali terakhir adiknya itu memohon bantuan adalah pada 2002 yang lalu.

Menurutnya, sejak kematian ibu, dia dan suami menjaga semua keperluan, baik dari segi pemakanan hinggalah keperluan perubatan.

“Zaidi mula mengalami penyakit saraf ketika berusia setahun, iaitu selepas disuntik oleh pegawai perubatan ketika itu.

“Lama-kelamaan Zaidi mula demam lebih seminggu kemudian mengalami sawan beberapa kali,” katanya, semalam.

Kesan daripada itu katanya, adiknya tidak mampu berjalan, bergerak dan pertuturannya juga terbatas.

Menurutnya, dia memohon bantuan bagi pihak adiknya, agar dia mampu menguruskan kehidupan kelak.

Norzilah yang juga suri rumah berkata, sekiranya Zaidi mempunyai pendapatan tetap, dia dapat menyimpan untuk kegunaan di masa depan.

Sementara itu, Zaidi berkata, dia berharap permohonannya untuk mendapatkan bantuan diluluskan dengan segera.

“Saya tidak mahu membebankan bapa, kakak dan abang ipar kerana mereka mempunyai keluarga sendiri.

“Sekiranya berlaku sebarang kecemasan di masa depan, sekurang-kurangnya saya mempunyai simpanan untuk digunakan kelak,” katanya, semalam. – Sinar harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: