Perpaduan Melayu Bagai ‘Telur Di Hujung Tanduk’

dn_04.1KUALA LUMPUR  – Perpaduan Melayu kini bagaikan ‘telur di hujung tanduk’ akibat persaingan kabilah politik dalam kalangan mereka yang kini tidak lagi menghiraukan tindak-tanduk masing-masing.

Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah, kegiatan politik orang Melayu yang terlalu tertumpu kepada matlamat jangka pendek untuk memperoleh kuasa juga cukup membimbangkan.

Orang Melayu kini, titah baginda, semakin taksub menumpukan kesetiaan berdasarkan slogan, lambang dan simbol kabilah masing-masing hingga alpa kepada agenda yang lebih besar serta kelangsungan kaum untuk jangka panjang.

Malah, titah baginda, persaingan politik telah menghalalkan cara sehingga merentasi etika Islam dan melanggar tata kesopanan budaya.

“Jika ada suara menuntut untuk dipertahankan kedudukan kaum tertentu, suara tersebut dimomokkan sebagai rasis, dianggap merugikan strategi perjuangan dan disifatkan sebagai menyinggung perasaan kaum lain.

“Akibatnya, sedikit demi sedikit hak, maruah dan martabat bangsa telah terhakis,” titah baginda dalam majlis Wacana Perpaduan Ummah Anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di sini hari ini.

Majlis yang disertai lebih 500 peserta itu turut dihadiri oleh Ketua Pengarah DBP, Dr. Awang Sariyan.

Raja Nazrin turut menyifatkan andaian penyatuan antara Pas dan UMNO akan mengembalikan perpaduan Melayu sebagai satu perkara yang mudah.

Berikutan itu, beliau menyarankan supaya orang Melayu berusaha menerokai beberapa kaedah yang tidak hanya terbatas pada usaha menyatukan dua kabilah politik tersebut.

Menurut Raja Nazrin, tidak menjadi kesalahan orang Melayu yang berada dalam pelbagai kabilah untuk mencapai kata sepakat, bersatu pendirian, mempertahan, melindungi dan menguruskan perkara-perkara menyentuh hak, maruah serta martabat Melayu dan agama Islam.

“Orang Melayu juga wajib disedarkan bahawa mereka sudah terlalu selesa sebagai penduduk majoriti, sudah terlalu selesa bersandarkan kekuatan politik, dinaungi kerajaan sehingga ummah tidak lagi memiliki pertubuhan bebas dan berkecuali, tegas dan berani menyuarakan tuntutan ummah,” titah baginda.

Selain itu, badan kehakiman, perkhidmatan awam dan pasukan keselamatan tegas baginda, hendaklah mengamalkan budaya profesionalisme tidak partisan, meningkatkan kegiatan keilmuan dan menambah komponen pengetahuan dalam kalangan orang Melayu.

Menurut baginda, orang Melayu juga perlu memahami dan mendalami konsep federalisme berasaskan Perkara 73 hingga 95E Perlembagaan Persekutuan iaitu kerajaan yang dipilih oleh rakyat ditubuhkan dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong di peringkat Persekutuan dan raja atau Yang Dipertua di peringkat negeri. – UTUSAN

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: