Semua Pemimpin BN Wajar Ikut Jejak PM

imageKUALA LUMPUR – Semua pemimpin Barisan Nasional (BN) seharusnya mencontohi langkah Pengerusinya Datuk Seri Najib Tun Razak yang menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International.

Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan berkata, langkah itu membuktikan bahawa BN, sebuah parti yang menepati janji dan mendengar denyut nadi rakyat.

“Rakyat mahukan pemimpin berintegriti, yang amanah, kerja kuat dan mendahulukan rakyat. Aspirasi rakyat sudah termaktub dalam Perlembagaan Umno serta perjuangan BN dan kami realisasikan sejak dahulu lagi.

“Transformasi iaitu perubahan ke arah kebaikan dalam pelbagai bidang sedang perdana menteri terajui berlandaskan gagasan 1Malaysia,” kata Ahmad, yang juga Ketua Penerangan Umno, dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, mengulas langkah yang diambil Najib, Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM) Datuk Dr Mohd Tap Salleh berkata ia adalah satu langkah yang baik dan perlu diikuti pihak lain.

“Ini mengambarkan keseriusan perdana menteri untuk memerangi rasuah dan dalam masa sama akan membantu meningkatkan indeks persepsi rasuah (CPI) negara,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Perdana menteri hari ini menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International, membuat perisytiharan terbuka untuk mendukung integriti dan memperteguh komitmen beliau terhadap agenda negara dalam memerangi rasuah terutama pada pilihan raya umum ke-13.

Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International merupakan kontrak sosial secara sukarela, dengan calon yang akan bertanding pada pilihan raya umum, berikrar untuk menggalakkan integriti, tadbir urus baik, ketelusan dan akauntabiliti dalam kerajaan dan mendukung kedaulatan undang-undang.

Calon yang menandatangani ikrar itu bersetuju mematuhi Akta Kesalahan-kesalahan Pilihan Raya 1954 dan peraturannya; dan memastikan tindakan mereka adalah untuk faedah orang ramai dan bukan untuk kepentingan sendiri. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: