‘Wahai Karpal Belajar Duduk Diam!’

DSC01982KOTA BHARU – Pertelagahan antara pemimpin Pas dengan Karpal Singh terus memuncak apabila Timbalan Pesuruhjaya III Pas negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah mahu Pengerusi DAP itu menjaga mulut dan belajar duduk diam serta tidak ghairah menyuruh pihak lain menerima saranannya.

Menurut Mohd. Amar, pemimpin senior DAP tersebut tidak sepatutnya memperkecilkan peranan Majlis Syura Ulama Pas kerana bagi parti itu, majlis tersebut adalah badan tertinggi yang mana keputusannya melangkaui semua urusan parti.

Beliau dengan nada tegas berkata, semua ahli Pas akan patuh dan menyokong keputusan Majlis Syura Ulama biarpun DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menganggap itu hanya komponen kecil dalam parti itu.

“Saya mahu ‘nasihatkan’ Karpal, belajar duduk diam, jangan gatal mahu bercakap semua perkara, jangan cakap banyak.

“Jangan hanya pandai suruh kami hormat pandangan dia, sedangkan dia sendiri tidak mahu hormat keputusan Majlis Syura Ulama kami, orang lain pandang badan ini kecil tetapi bagi kami (ahli Pas) Majlis Syura Ulama adalah yang tertinggi.

“Apabila Majlis Syura Ulama sudah membuat keputusan, semua tindakan dan keputusan awal dikira terbatal dan kami sebagai ahli Pas wajib patuh,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Karpal yang mahu semua pihak termasuk ahli serta Majlis Syura Ulama Pas menghormati pendirian pakatan pembangkang berhubung penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam pada mesyuarat 8 Januari lalu yang dihadiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Karpal dilaporkan berkata, pakatan pembangkang berpegang teguh dengan keputusan kalimah Allah boleh digunakan bukan Islam dengan syarat tidak disalahgunakan meskipun Majlis Syura Ulama membuat keputusan berbeza selepas itu. – UTUSAN

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: