DAB Beri Peluang Pelajar Tercicir Sambung Belajar

 

Oleh RAITINI RAHMAN

imagesBACHOK – Pelajar yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelawat kini mampu menarik nafas lega apabila diberi peluang untuk memasuki UiTM melalui program Destini Anak Bangsa (DAB).

Seorang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Ahmad Syuaib Zukhri,21, dari Kampung Bukit Kechik berkata, sebelum ini dia pernah mendapat tawaran dari IPTA lain tetapi tidak menepati kursus yang dikehendakinya.

“Bila saya diberitahu mengenai peluang ini oleh Penyelaras Dun Jelawat, Datuk Dr Ilias Husain, saya hadir ke sini untuk mencuba nasib memohon kursus yang ditawarkan.

“Saya diberi peluang untuk mengikuti kursus Diploma Ukur Bahan iaitu kursus yang saya impikan selama ini. Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada UiTM yang memberi peluang kedua untuk kami,” katanya.

Bagi Nor Athirah Rozila,21, DAB membuka peluang baginya memandangkan permohonannya untuk ke IPTA selama ini tidak pernah dilayan.

Katanya, apabila mendapat tahu mengenai perkara itu melalui rakan adiknya, dia tekad untuk memohon melalui program Jelajah DAB.

“Saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan persekutuan melalui UiTM untuk memberi ruang kepada kami yang melanjutkan pelajaran menerusi program ini.

“Saya masih berminat untuk lanjutkan pelajaran dan berharap dapat mencapai cita- cita ke peringkat tertinggi,” katanya yang pernah gagal dalam rayuan dan panggilan kedua ke IPTA.

Program jelajah selama satu jam itu turut disertai Naib Canselor UiTM, Datuk Dr Sahol Abdul Hamid, Penyelaras DUN Jelawat, Datuk Dr Ilias Hussin dan beberapa artis yang menjadi ikon program termasuk Adira, Emma Maembong, Cha Cha Maembong, Danny X Factor, Saiful Apek dan Syed Aiman.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: