Nik Aziz Perlu Beri Penjelasan Dakwa ‘Penerima BR1M Haiwan’

nik aziz karpalKOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diminta memberi penjelasan tentang kenyataannya dalam sebuah akhbar semalam yang didakwa menganggap penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) umpama haiwan.

Gesaan tersebut disebabkan kenyataan beliau yang membawa pelbagai maksud dan telah mengelirukan rakyat yang menganggap perkara tersebut sepatutnya tidak dikeluarkan oleh seorang alim ulama seperti beliau.

Setiausaha Bekas-Bekas Polis dan Tentera Diraja (Veteran) Kelantan, Mohd Zain Che Musa berkata, sebagai seorang pemimpin yang baru sahaja pulang dari mengerjakan umrah, perkara tersebut tidak sepatutnya keluar dari mulut Nik Aziz.

Beliau mengemukakan penjelasan berkenaan isu kenyataan Menteri Besar Kelantan itu yang didakwa menyamakan usaha murni pemberian BR1M sebagai memberi hampas kelapa dan padi kepada ayam dan kambing.

“Saya amat kesal dengan kenyataan beliau kerana seorang pemimpin seperti dia (Nik Aziz) tidak sepatutnya bercakap begitu dan menyamakan kita semua sebagai mana yang disebut kerana isu sekarang ialah penerima BR1M juga terdiri daripada semua golongan parti dalam negara kita, bukan orang yang mengundi Umno sahaja,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menurutnya, Nik Aziz sepatutnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana membantu meringankan beban dengan pemberian wang tersebut dan bukan hanya bercakap kosong untuk menghangatkan lagi pemberian duit rakyat itu.

Beliau berkata, jika benar kenyataan Nik Aziz itu menganggap penerima BR1M sebagaimana yang dinyatakan, penyokong Pas sepatutnya memulangkan kembali duit yang diterima supaya mereka tidak tergolong dalam haiwan seperti penerima lain.

“Semua rakyat dapat, tidak kira mana-mana parti, jika penyokong Pas anggap apa yang Nik Aziz beritahu itu betul, yang mana pemberian duit adalah cara jahiliah, maka saya menyeru kepada semua penyokong Pas untuk memulangkan kembali duit tersebut.

“Duit itu hak rakyat, kita sebagai penerima sepatutnya bersyukur, saya berharap beliau akan tarik balik kenyataan tersebut ataupun memberi penjelasan kepada seluruh rakyat yang menerima BR1M kerana sebagai seorang ketua negeri, itu salah satu contoh yang tidak baik,” katanya.

Mohd Zain juga berkata, tindakan Nik Aziz juga dikatakan memperlihatkan perwatakan sombong dan angkuh kerana memperlekehkan pemberian kerajaan persekutuan kepada rakyat.

“Kepada semua penyokong Pas dan pengundi yang atas pagar, fikir perkara ini betul-betul, jangan mudah melatah, jangan terlalu taksub dengan apa yang dikatakan sehingga kita menyekat kepala dan minda untuk menerima perkara-perkara positif tentang negara kita sendiri,” katanya.

Sementara itu, pesara salah sebuah syarikat penjanaan elektrik, Yamin Razak, turut bersetuju dengan gesaan tersebut yang menganggap sebagai seorang pemimpin Islam, haiwan bukan contoh terbaik untuk dijadikan persamaan.

“Beliau pemimpin Islam, memperjuangkan Islam, tetapi cakap macam bukan orang Islam, dalam Islam sendiri melarang kita menyamakan manusia dengan sesuatu yang tidak sepatutnya.

“Sebagai seorang pemimpin, guna perkataan atau kenyataan yang mana rakyat boleh faham dan jelas dengan maksud yang hendak disampaikan, tidak perlu menggunakan istilah lain yang akan memesongkan lagi pemahaman orang terhadap apa yang ingin dinyatakan,” katanya. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: