Pindah Milik Tanah: Sultan Kelantan Diminta Campurtangan

Oleh RAITINI RAHMANmtrk : TUMPAT – Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dirayu campurtangan berhubung isu pemilikan 400 hektar tanah pertanian milik penduduk di Pasir Pekan Hilir yang didakwa telah berpindah milik kepada tiga syarikat bukan Melayu.Presiden Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK)) Azmi Ali berkata, kerajaan negeri pimpinan Pas didesak bertanggungjawab terhadap isu tersebut.

Beliau berkata, perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia adalah tanah rizab Melayu yang diusahakan turun temurun sejak 30 tahun lalu.

“MTRK merayu campur tangan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mengenai isu tanah di sini.

“Tanah terbabit diusahakan 500 petani yang merupakan penduduk Pasir Pekan Hilir sejak turun temurun. Kini ia telah berpindah milik kepada syarikat bukan Melayu.

“Ia berpindah milik sejak dua tahun lalu dengan alasan untuk tebus guna tanah itu tetapi sehingga ke hari ini rakyat tidak tahu apa yang akan dibangunkan di atas tanah ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Himpunan Selamatkan Tanah Kelantan di pinggir Sungai Kelantan dekat Kampung Pasir Pekan Hilir, di sini hari ini.

Lebih 200 penduduk turut serta pada  perhimpunan itu dengan membawa sepanduk mengencam tindakan kerajaan Pas Kelantan berhubung isu tanah.

Beliau berkata, walaupun pampasan diberikan kepada penduduk yang mengusahakan tanah itu namun ia tidak setimpal apabila dibayar secara paksa di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960.

Sementara itu, seorang penduduk, Mohamad Ismail, 62, berkata, dia kesal apabila tanah di sini yang diusahakan turun temurun sudah berpindah milik kepada syarikat bukan Melayu.

“Sepatutnya Kerajaan Negeri pentingkan hak rakyat tetapi apa yang berlaku di sini adalah sebaliknya apabila tanah rakyat diambil dan dijual kepada syarikat bukan Melayu,” katanya.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

2 Comments on “Pindah Milik Tanah: Sultan Kelantan Diminta Campurtangan”

  1. saad bin said
    February 23, 2013 at 12:02 am #

    saya amat setuju sultan kelantan campur tangan dalam isu tanah ladang rakyat ini. apa nak heran sangat dengan taukeh-taukeh balak itu.mereka itu sebenarnya akan mengikis semua bumi kelantan kalau lagi lama PAS perintah kelantan.Apa tidaknya, cakap besar, janji yang bukan-bukan. ilmu tak ada, modal tak ada, las sekali nak pilihanraya berhutang lagi, lama-lama semua negeri akan tergadai. Bangsa asing, mereka tahu kumpulan mana yang boleh diperalatkan untuk keuntungan mereka. Mereka ada benua , mereka akan dapatkan jururunding dari benua mereka untuk mengaut keuntungan. mereka boleh pilih lembu mana yang boleh di buat pelaga, yang mana boleh disembelih yang nama boleh diambil susu. kalau nak harap ceremah sahaja, pas tak boleh sampai kemana, UMNO ajak berkawan untuk sama-sama memerintah negara tak mahu, bangkit perkara yang bukan-bukan. Kedah pun sama,sikit-sikit tebang hutan, teruka balak. kalau macamtu budak beringus pun boleh jadi kerajaan.

  2. musa
    February 25, 2013 at 8:01 am #

    Inilah akibat kurang ilmu. Tanda~tanda Pas akan jadi pengkhianat boleh dikesan seawal penubuhan parti itu lagi jika kita menjadikan Al~QURAN dan Hadith sebagai panduan· Perhatikan surah Al Munafikun ayat 4 dan hadith~hadith tentang kaum khawarij· Sekarang sampai masanya terima akibat kerana memilih bukan berdasarkan ilmu tetapi ikut mata dan telinga sahaja seperti maksud surah Al Munafiqun itu·

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: