Serah Barang Kemas Demi Anak

imagePASIR MAS – Seorang suri rumah nekad menyerahkan barang kemas demi keselamatan diri dan anak perempuannya yang berusia 10 bulan, apabila rumahnya di Kampung Batu Karang, dicerobohi dua lelaki bersenjatakan parang, jam 3.30 pagi, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, ketika kejadian, mangsa yang berusia 35 tahun itu sedang tidur di rumah terkejut apabila pintu biliknya ditendang.

“Suspek merampas dua rantai tangan, satu rantai leher dan satu telefon bimbit yang dianggarkan bernilai RM 40,000.

“Tindakan pantas anggota kita berjaya menahan seorang daripada suspek berkenaan, yang sedang bersembunyi di semak dekat lorong Bukit Pak Junuh, Rantau Panjang, jam 7.45 malam hari yang sama,” katanya, semalam.

Beliau berkata, suspek yang berusia 20 tahun bertindak agresif dan menyerang anggota polis dengan parang dan pisau.

Menurutnya, kesemua barang samun berjaya ditemui kecuali telefon bimbit yang telah dijual kepada pihak ketiga.

Haliludin berkata, suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau, namun ujian saringan yang dijalankan didapati positif dadah.

“Hasil soal siasat mendapati seorang lagi suspek juga berasal dari kampung yang sama dan usaha mengesannya giat dijalankan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan  (samun berkumpulan menggunakan senjata) dan jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan,” katanya, semalam. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: