Tiada Penganiayaan Penjawat Awam Terlibat Politik

dn_03.1KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, kerajaan tidak akan bertindak sewenang-wenang ke atas para penjawat awam yang dilapor melanggar etika bekerja semasa aktif berpolitik bagi memastikan tiada penganiayaan ke atas mereka.

Timbalan Perdana Menteri berkata, demi keadilan, lembaga tatatertib Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan meneliti segala laporan mengenai sesuatu aduan berdasarkan maklumat tepat dan lengkap.

Katanya, jabatan itu juga akan melakukan siasatan menyeluruh ke atas sesuatu aduan melibatkan penjawat awam yang berpolitik, tanpa menerima bulat-bulat laporan yang dikemukakan pihak tertentu.

“Sudah ada pekeliling yang dikeluarkan JPA yang membenarkan pekerja sektor awam terlibat dalam politik. Soal pertama, adakah yang terlibat itu dapat kelulusan atau tidak atau adakah buat sesuatu dalam jadual waktu kerja atau tak.

“Kita akan bertindak atas dasar maklumat tepat dan tidak boleh hanya bertindak atas dasar orang itu kata begitu begini kerana kalau disiasat sebenarnya mereka tidak buat. Jadi perlu ada perlu ada asas keadilan dalam tindakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan seorang peserta dalam sesi dialog sempena Majlis Perjumpaan Khas Bersama Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Datuk Farida Mohd. Ali dan Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman.

Dalam pada itu, Farida memberitahu, JPA sentiasa membuat pemantauan berterusan ke atas aduan serta aktiviti penjawat awam yang terlibat dalam politik bagi memastikan mereka tidak melampaui batas.

“Mesti ada bukti, saksi, di mana, waktunya serta sudah tentu tidak boleh aktif masa pejabat dan kalau waktu pejabat, kena dengan izin ketua jabatan tapi biasanya dia akur lepas waktu pejabat,” katanya. – UTUSAN

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: