BN: Rakyat Rugi Jika Pakatan Kekal Kuasa Di Selangor

Noh Omar 03SHAH ALAM – Selangor akan mundur dan rakyatnya akan berada dalam kerugian sekiranya pakatan pembangkang dibenarkan terus berkuasa di negeri itu, kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar hari ini.

Beliau berkata ini kerana keadaan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan tidak sehaluan akan menyukarkan pelaksanaan projek pembangunan dan akhirnya rakyat sendiri akan rugi.

Katanya keadaan ini jelas bilamana kerajaan negeri sekarang di bawah pakatan pembangkang lebih berminat menunjukkan  kuasa mereka dan berpolitik sehingga menghalang projek pembangunan yang hendak dilaksanakan di Selangor oleh kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata beberapa projek untuk kesejahteraan rakyat seperti cadangan pembinaan kampus cawangan  Universiti Teknologi MARA di Serendah telah terbantut apabila kerajaan  negeri tidak memberikan kebenaran merancang pembangunannya malah telah  merampas tapak kampus itu milik Yayasan Kebajikan Kemiskinan.

Noh berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Himpunan Barisan 1Malaysia di Seksyen 7 di sini yang dihadiri 3,500 orang daripada 200 badan bukan kerajaan (NGO) yang berhimpun bagi menyatakan  sokongan mereka kepada BN.

Selain itu, katanya Projek Langat 2 juga terbantut sehingga sekarang kerana kerajaan negeri enggan memberikan kebenaran  merancang bagi pembinaan loji rawatan air mentah yang akan dibawa masuk dari Pahang.

“Terowong air dah siap tapi loji memprosesnya tiada, dan Kerajaan Persekutuan bukannya menggunakan duit kerajaan negeri untuk bina kita cuma minta keluarkan kebenaran merancang sahaja,” katanya.

Noh juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata kerajaan negeri Selangor juga lebih hendak menunjukkan kuasa apabila bertindak menggantung projek jalan raya dan prasarana Persekutuan di Selangor sementara menanti proses rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap kes melibatkan Majlis Perbandaran Sepang.

Keputusan itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin memutuskan Majlis Perbadaran Sepang tidak mempunyai kuasa untuk meruntuhkan tiang dan menutup kamera AES (Sistem Pemnguatkuasaan Automatik) di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuh Raya Lembah Klang  Selatan (SKVE).

Noh berkata begitu juga dengan kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang berkata, kerajaan Selangor akan membubarkan Dewan Undangan Negeri selepas sambutan Chap Goh Mei dan mendakwa hasrat itu telah mendapat persetujuan Sultan Selangor.

Katanya mengikut amalan biasa jika seseorang Menteri Besar telah menghadap Sultan untuk mendapatkan perkenan pembubaran dewan dan telah  mendapat perkenan baginda, beliau seharusnya terus mengumumkan tarikh pembubaran dewan.

Bagaimanapun, Noh berkata sehingga sekarang tarikh pembubaran dewan  tidak diumumkan oleh Abdul Khalid dan beliau yakin Selangor tidak akan  membubarkan dewan undangan negeri dahulu tetapi akan dibubar serentak dengan Parlimen.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk  Ahmad Maslan berkata beliau berharap NGO, merupakan kuasa ketiga di Malaysia selepas Kerajaan Persekutuan atau Negeri (Kuasa Pertama) dan  parti-parti politik (Kuasa Kedua), akan terus menyokong kerajaan BN.

Program Himpunan Barisan 1Malaysia pada pagi ini merupakan himpunan  keenam NGO-NGO selepas Sabah, Perlis, Johor, Negeri Sembilan, Terengganu dan  Selangor, katanya.

Beliau berkata program yang bermula November tahun lepas dijangka selesai dilaksanakan di seluruh negara pada awal bulan depan.- Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: