Harap Dapat Mengundi

imagePASIR MAS – Seorang warga emas di Taman Perumahan Jintan, berjanji untuk keluar mengundi sekiranya ada yang sanggup membawanya ke pusat mengundi.

Warga emas, Cheng Kin Taw, 80, berkata, dia tidak mampu berdiri kerana mempunyai penyakit lulut sejak beberapa tahun lalu.

“Dulu, masa anak tunggal saya ada, dialah yang membawa ke pusat mengundi, namun setelah dia meninggal dunia, saya rasa mungkin tidak dapat mengundi lagi.

“Saya tidak mampu untuk berdiri dengan lama apatahlah lagi ke pusat mengundi yang agak jauh dari rumah,” katanya, semalam.

Kin Taw berkata, dia bersyukur kerana mempunyai jiran yang prihatin malah pemilik rumahnya juga tidak mengenakan sebarang sewa kepadanya.

Oleh itu katanya, dia dapat menyimpan sedikit wang bantuan kebajikan yang diterima setiap bulan.

Sementara itu, Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed sempat melawat Kin Taw dan menyampaikan ang pao bagi keperluan hariannya.

“Bantuan ini akan membolehkan mereka juga keluar mengundi, memandangkan sebelum ini Kin Taw dibawa oleh mendiang anak tunggalnya untuk mengundi,” katanya. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: