Isu BR1M: Pemimpin Harus Tunjuk Teladan Baik

mole-Datuk-Mustapha-MohamedPASIR MAS – Seorang pemimpin harus menunjukkan teladan yang baik kepada masyarakat bagi mengelak disangka buruk, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata Islam menganjurkan umatnya berkelakuan tertib dan menutur kata-kata sopan, sesuai dengan budaya masyarakat timur yang diamalkan sejak sekian lama.

“Pemimpin perlu bercakap perkara yang boleh menyatupadukan masyarakat, bukannya perkara yang boleh menimbulkan rasa marah dalam kalangan masyakat,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina di sini hari ini.

Pada majlis itu, yang dihadiri kira-kira 1,000 orang daripada Persatuan Peranakan Cina Kelantan, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri turut merasmikan pejabat persatuan berkenaan.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam, yang menyamakan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai ‘memberikan hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam dan lembu’.

Nik Aziz dilapor berkata pemberian wang ringgit sangat mendapat sambutan kerana sama seperti ayam dan lembu yang akan menghampiri jika manusia memberi haiwan itu makanan kegemaran.

Di KOTA BAHRU, Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Mohd Fatmi Che Salleh berkata tindakan Nik Abdul Aziz itu adalah keterlaluan dan tidak sepatutnya dikeluarkan seorang pemimpin yang memperjuangkan Islam.

“Saya rasa ini amat keterlaluan untuk melabelkan orang sebagai haiwan, ayam, lembu dan sebagainya… amat keterlaluan dan tak sepatutnya keluar daripada seorang yang bergelar ‘Tok Guru’.

“Adakah yang memerlukan bantuan tidak boleh dibantu… adakah orang miskin ini sama taraf dengan haiwan?

“Ini semua adalah satu perkara yang tak sepatutnya diungkapkan oleh sesiapa sekalipun, tidak kira sama ada daripada ahli politik atau tidak… mengatakan sesuatu yang buruk terhadap orang, itu satu perkara yang amat keji sekali,” katanya ketika ditemui pada program Kembara Tukar Jelajah Kelantan hari ini.

Di KUALA TERENGGANU, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri Muhammad Ramli Nuh menyifatkan kenyataan Nik Abdul Aziz satu penghinaan kepada golongan berpendapatan rendah di negara ini.

Beliau berkata sebagai pemimpin parti yang memperjuangkan Islam, Mursyidul Am Pas itu sepatutnya menghargai keikhlasan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membantu meringankan beban rakyat.

“Jangan aibkan orang lain, kenyataan penerima BR1M sebagai lembu yang suka datang bila diberi hampas ibarat memperlekeh penerima, sampai tahap begitu,” katanya ketika berucap mewakili Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said pada perasmian program Kenali Jiran Kita (KJK) anjuran Jabatan Penerangan Terengganu di Flat Bukit Kecil di sini.

Muhammad Ramli berkata pemimpin pembangkang jelas sudah terdesak dan sanggup mengeluarkan kenyataan itu kerana takutkan sokongan rakyat kepada kerajaan dalam beberapa program tranformasi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, pembangkang juga melihat usaha ikhlas kerajaan itu satu perkara yang boleh mengancam kedudukan mereka meskipun menyedari penyokong parti berkenaan turut menerima BR1M. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: