Jalan Runtuh, Pengguna Makin Terdedah Bahaya

imageGUA MUSANG – Kerajaan diminta membaiki segera jalan runtuh ke Tanah Rancangan Felda Perasu, dekat sini, yang berisiko menyebabkan kemalangan terutama kepada pelajar sekolah.

Kejadian jalan runtuh itu adalah kali kedua berlaku selepas kali pertama awal tahun lalu yang sudah dibaik pulih.

Namun ia runtuh semula beberapa bulan kebelakangan ini hingga membimbangkan warga peneroka Felda.

Tinjauan mendapati, runtuhan itu semakin luas kesan pengaliran air hujan, menyebabkan laluan menjadi sempit.

Seorang peneroka Felda, Sulaiman Yusof, 57, berkata, masalah itu telah dimaklumkan kepada pelbagai pihak.

Bagaimanapun dia berkata, sehingga kini belum ada tindakan membaik pulih menyebabkan pengguna terus terdedah kepada risiko kejadian tidak diingini.

Dia bimbang dengan keselamatan pelajar tanah rancangan tersebut yang berulang alik ke Sekolah Menengah Kebangsaan Chiku 2 (SMKC2) setiap hari.

“Kerap pelajar sekolah menunggang motosikal hampir terbabas ke cerun tempat kejadian jalan runtuh itu, begitu juga dengan kenderaan lain.

“Saya mengharapkan kerajaan segera membaik pulih jalan runtuh, selain menurap semula jalan berlubang,” katanya.

Menurut seorang lagi peneroka, Daud Ahmad, 61, jalan itu paling selesa diguna ke tanah rancangan, tetapi terdedah pula dengan kejadian jalan runtuh.

Dia berkata, pihak terbabit sepatutnya datang melihat masalah dihadapi peneroka tanah rancangan berkenaan supaya ia dapat diatasi segera.

“Maklum sahaja remaja ramai tidak hiraukan keselamatan hingga menunggang motosikal dengan laju tanpa peduli jalan runtuh,” katanya. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: