Kenyataan Nik Aziz Satu Penghinaan

Oleh RAITINI RAHMAN :
daaBACHOK –  Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin menyifatkan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai satu penghinaan buat penerima bantuan itu yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah.

Beliau berkata, kenyataan itu adalah kata- kata orang yang berfikiran sempit tanpa ilmu ekonomi dan tidak cerdik.

“Sebagai seorang pemimpin dan ulama seharusnya mereka membantu golongan berpendapatan rendah dan bukan mengeluarkan kata- kata sedemikian. Walaupun tidak secara langsung, ia tetap menyentuh perasaan rakyat yang seharusnya dibantu oleh pemimpin.

“Kenyataan itu akan menimbulkan rasa terkilan di hati rakyat dan sebagai rakyat Kelantan tidak tahu bagaimana ingin berdepan dengan orang luar apabila pemimpin negeri mengeluarkan kenyataan sedemikian,” katanya ,” katanya ketika sidang media di dewan Haji Hussin selepas menyampaikan sumbangan bantuan banjir kepada 43 petani dari Kampung Aman dekat sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nik Aziz yang menyamakan penerima BR1M seperti haiwan ternakan yang menerima makanan dari tuannya.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, hasrat Kerajaan Pusat yang diterajui Barisan Nasional (BN) melaksanakan pemberian BR1M bagi membantu golongan sasaran iaitu mereka yang berpendapatan rendah dan pemberian BR1M ini berbeza dengan subsidi lain sebelum ini.

“Sebelum ini kerajaan berikan pelbagai bantuan untuk rakyat tetapi BR1M adalah subsidi yang lebih tepat kepada sasaran iaitu mereka yang berpendapatan di bawah RM3,000.

“Sebelum ini kerajaan turut memberikan subsidi untuk semua rakyat termasuk harga petrol dan gas asli.

“Pemberian BR1M adalah selaras dengan hasrat kerajaan Pusat bagi membantu golongan berpendapatan rendah. Dari aspek ekonominya dunia dilanda krisis pada 2012 dan kita berjaya bertahan untuk pastikan rakyat masih mempunyai daya saing dalam ekonomi,” katanya.

Jelasnya, BR1M yang diberikan akan digunakan untuk membeli keperluan di kedai, pekedai akan gunakan untuk mendapatkan stok dari pemborong sekaligus merancakkan pergerakan ekonomi dalam negara.

“Malaysia terselamat daripada krisis ekonomi berbanding negara Eropah lain sehingga menyebabkan pelbagai kemelut dalaman dan menyebabkan rakyat kehilangan pekerjaan dan sebagainya,” katanya.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: