Manifesto BN Di Peringkat “Sentuhan Terakhir” – Tengku Adnan

imagePUTRAJAYA  – Manifesto pilihan raya Barisan Nasional (BN) kini berada di peringkat “sentuhan terakhir” dan akan dilancarkan Pengerusi Datuk Seri Najib Tun Razak pada masa yang sesuai.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata apa yang pasti, setiap janji yang terkandung dalam manifesto tersebut akan ditepati, bukan seperti pembangkang yang hanya memberikan janji kosong.

“Sudah pasti janji ditepati, kata dikota, janji dilaksana kerana parti kita BN dari rakyat, untuk rakyat, kerana rakyat.

“Apa yang kita janji dalam manifesto kita tunaikan, sebab kita punya kerja ialah untuk memastikan rakyat mendapat apa yang mereka kehendaki,” katanya yang juga anggota Parlimen Putrajaya kepada pemberita selepas menyampaikan baucar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 di Kompleks Kejiranan Presint 11 di sini hari ini.

Mengenai manifesto pembangkang yang bakal dilancarkan Isnin depan, Tengku Adnan berkata beliau hairan mengapa mereka masih mengeluarkan manifesto sedangkan mereka sendiri mengakui bahawa manifesto bukanlah janji yang harus ditunaikan.

“Tak perlu ada manifestolah, sebab kerja mereka hanya menipu. Apa yang dijanjikan di Selangor pun tak dapat ditunaikan sehingga ibu-ibu tunggal semua menyuarakan ketidakpuasan hati,” katanya.

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang dipimpin Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini dilaporkan berkata bahawa manifesto pembangkang pada pilihan raya umum lalu, bukanlah janji yang perlu ditunaikan. – BERNAMA

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: